Ahad, Mac 31, 2013

Bandar Guigang

Huang Shun (Sufiah) membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Bandar Guigang"

Bandar Guigang ialah sebuah bandar lama yang  mempunyai sejarah selama seribu tahun. Ia ialah pusat koridor ekonomi Xijiang yang baru dinaiktarafkan.  Bandar ini juga telah berkali-kali dianggap sebagai bandar pelabuhan pedalaman yang penting iaitu sejak Dinasti Qin menubuhkan wilayah Yulin di sini.  Semasa pemerintahan Dinasti Han, namanya ditukar sebagai Wilayah Yulin.  Namun, semasa pemerintahan Dinasti Tang, namanya telah diubah kepada Guizhou.  Mengikut sejarahnya, ia sentiasa dianggap sebagai wilayah dan negeri, sampai tempoh Hongwu pada tahun ke-2 ia telah ditukarkan menjadi daerah.  Kemudian, ia terus dipanggil sebagai Daerah GUI dan pada Disember 1988, namanya telah ditukar menjadi Bandar Guigang.  Bandar Guigang telah dinaik taraf kepada wilayah bandar raya pada Oktober 1995 selepas mendapat kelulusan naik taraf daripada Jabatan Negeri.  Bidang kuasanya termasuk bandar Guiping, wilayah Pingnan, wilayah Gangbei, wilayah Gangnan dan wilayah Qintang dengan berkeluasan 10.606 kilometer persegi.

Guigang

Keadaan Umum

Guigang mempunyai lokasi dan sumber asli yang kaya. Ia mempunyai dataran yang terbesar di Guangxi, iaitu dataran Xun Yu yang terletak di pusat bandar-bandar Guangxi yang penting (bandar Nanning, Liuzhou, Beihai dan Wuzhou).  Sistem laluan air di Guigang sangat berfaedah seperti perairan sungai di bahagian barat mengalir melalui wilayah-wilayah dan daerah-daerah di sekitar Guigang.  Perkapalan seberat 1,000-tan boleh melalui laluan ini dan sampai ke Guangzhou, Hong Kong dan Makau.  Bandar Guigang bukan pusat lalu lintas bumi dan lalu lintas sungai sahaja, tetapi ia adalah  pelabuhan pedalaman yang penting di wilayah selatan China dan telah menjadi pusat pelabuhan yang paling senang dilalui dari barat daya China ke Hong Kong dan Macau.  Pada tahun 2010, Guigang telah menjadi sebuah pelabuhan sungai yang moden di Guangxi.  Situasi ini telah menjadi titik pertumbuhan pembangunan ekonomi yang baru pada tempoh “Rancangan Kesembilan Lima Tahun" dan pusat bandar raya serantau yang moden. 

Pembangunan ekonomi Guigang sangat pesat, keadaan pelaburan bertambah dengan baik.  Dalam segi industri, Guigang telah membentuk perindustrian yang baik seperti industri pembuatan gula, pembuatan kertas, bahan binaan, mekanikal dan elektrik, kimia, metalurgi, perubatan, makanan dan lain-lain.  Hasil perindustrian ini telah menguasai pasaran domestik dan pasaran asing.  Dalam segi pertanian, Guigang juga adalah pangkalan pengeluaran hasil pertanian yang penting di seluruh negara China seperti buah-buahan, hasil ternakan dan hasil akuakultur.  Dengan pembangunan ekonomi, Guigang telah mencapai kestabilan sosial, perdagangan berkembang pesat, komunikasi maju serta kemudahan asas seperti air dan elektrik yang mencukupi.   Tambahan pula, kastam laut dan oganisasi lain adalah lengkap serta kesihatan, pendidikan sains dan teknologi dan kemudahan hidup kian hari kian sempurna.  Oleh itu, Guigang adalah salah satu kawasan yang paling baik  di wilayah barat daya China untuk melabur di sini.

Penduduk

Penduduk Guigang terdiri daripada bangsa Zhuang, Han ,Yao, Miao, Dong, Mulao, Mao Nan, Hui, Jing, Yi, Shui, Gelo dan 12 jenis bangsa warganegara China.  Pada tahun 2008, berdasarkan data bancian penduduk: jumlah penduduk bandar Guigang adalah 5.0331 juta orang dan 4.1188 juta orang adalah penduduk tetap.  Jumlah penduduk di pusat bandar adalah kira-kira 500,000 orang.  Data ini menunjukkan bahawa jumlah penduduk dari luar tidak ramai berbanding penduduk tetap Guigang.  Pada tahun 2012, jumlah penduduk Guigang telah mencapai 510,000,000 orang.

Pemandangan Bandar Guigang

Suasana Bandar Guigang

Huang Shun (Sufiah)
Tahap 5

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger