Ahad, Januari 13, 2013

Bola Bunga (Hydrangea)

Wei Fang (Melati) membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Bandar Nanning"

Bola bunga ialah kenang-kenangan tanda cinta dalam suku kaum Zhuang untuk wanita dan lelaki.  Hydrangea dibuat daripada sutera berwarna-warni, terdiri daripada gabungan 12 corak kelopak bunga, kebanyakan bola bunga dibuat daripada kain warna kuning, warna merah, warna hijau.  Corak bola bunga sungguh kompleks, biasanya corak ialah swallow, naga dan phoenix atau pelbagai jenis bunga-bungaan.  Bola bunga berdiameter kira-kira 6 cm, dalam bola bunga ada kacang atau pasir dan seberat kira-kira 150g.


Bola Bunga (Hydrangea)

Pada zaman kuno di China, ada satu adat resam, iaitu: apabila seorang gadis sudah bersedia untuk berkahwin, maka ramai orang lelaki yang mahu meminang gadis itu (ramai lelaki meminati dan mahu berkahwin dengan gadis yang cantik dan unggul). Mereka berhimpun di bawah rumah gadis itu untuk menunggu lemparan bola bunga daripadanya.  Kemudian, siapa yang dapat menangkap bola bunga itu, lelaki itu akan menjadi suami gadis tersebut.  Memanglah, secara umumnya, gadis itu kalau sudah ada lelaki yang berani, dia akan melempar bola bunga kepada lelaki itu.  Namun, jika tiada pilihan, gadis tersebut akan berkahwin dengan mana-mana lelaki yang berjaya menangkap bola bunganya.

Gadis akan Melempar Bola Bunga untuk Mencari Bakal Suami

Sekarang, adat resam ini juga ada di kawasan suku kaum Zhuang yang masih mengamalkan adat resam tradisonal atau ketika festival Songs Fair.  Wanita masih melempar bola bunga kepada lelaki yang dicintai, tetapi sekarang melempar bukan untuk berkahwin, hanya sejenis tanda sahaja.  Kini, aktiviti melempar bola bunga juga sudah menjadi salah satu sukan tradisional etnik di sini.  Bola bunga sangat cantik dan mewakili tuah.  Jadi, bola bunga menjadi hadiah sungguh popular di Guangxi.  Bola bunga telah disebut menjadi barang keistimewaan di Guangxi.


Wei Fang (Melati) 
Tahap 5

1 comments:

Vietnam tour berkata...

Wonderful article. It is useful for me,thanks a lot for giving everyone an exceptionally splendid possiblity to read in detail from this blog. I really enjoy reading in your blog!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger