Ahad, Mei 20, 2012

Pengalaman Hidup di Kampung

Cikgu Ardiana dan Jun Yinn Lee

Hujung minggu lepas saya menjalani aktiviti ‘homestay’ dengan pelajar-pelajar dan cikgu kursus saya di Kampung Tapak, Negeri Sembilan. Pengalaman ini adalah pengalaman kali kedua saya mengikuti aktiviti ‘homestay’. Kali pertama kami pergi ke Masjid Tanah, Melaka.

Pada hari sabtu petang kami berkumpul di depan pejabat pengurus kursus. Dari sana, kami menaiki bas ke kampung ‘homestay’ untuk 2 jam setengah. Kami semua sudah tahu mengalami ‘homestay’ di Melaka, kami rasa terkejut apabila ada sawah padi, kolam ikan, ladang getah dan kelapa sawit. Atap-atap rumah pun menggunakan seni bina tradisional. Bukit-bukit yang kemuncaknya dalam awan berada di sekitar kampung itu. Kampung ini paling indah.

Selepas kami makan snek petang dalam pondok rehat di sebelah kolam, kami berjumpa keluarga ‘homestay’. Saya tinggal dengan keluarga Makcik Aziah. Mereka semua ramah. Dengan dia, kami makan sarapan pagi, tengah hari dan malam. Makcik Aziah memasak makanan yang memberi saya berasa seperti rumah sendiri.

Kami tinggal di kampung ‘homestay’ untuk tiga hari dua malam. Antara waktu kami datang dan pulang ke UKM, kami lihat kehidupan di kampung dan mandi air terjun. Sebenarnya, pengalaman mandi air terjun adalah kegemaran saya. Air itu sejuk dan segar.


Jun Yinn Lee (Ja'afar)
Tahap 4


2 comments:

Tanpa Nama berkata...

sokonglah industri pelancongan tempatan

VINA berkata...

http://sisisusu260.blogspot.com/2017/10/ibu-kosku-wowwww.html
http://sisisusu260.blogspot.com/2017/10/aborsi.html
http://sisisusu260.blogspot.com/2017/10/kehidupan-anak-gamers.html
http://sisisusu260.blogspot.com/2017/10/sahabat-sma.html
http://sisisusu260.blogspot.com/2017/10/jatah-nikmat-driver.html

Let's Join With Us At
- BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
- WHATSAPP : +62813-2938-6562
- LINE : VIPDOMINO99
- No Hp : +855-8173-4523

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger