 |
Hinaningyou |
Hinamatsuri ialah acara di Jepun yang disambutkan pada 3hb Mac dan bermaksud festival anak patung atau festival anak perempuan. Acara ini ialah acara untuk mendoakan pertumbuhan anak perempuan. Keluarga yang mempunyai anak perempuan meletakkan Hinaningyou (pentas anak patung) di dalam rumah pada 3hb Mac. Hinaningyou ini terdiri daripada perkahwinan istana Jepun pada zaman dahulu dan anak patung memakai kimono iaitu pakaian tradisi Jepun. Pentas anak patung itu biasanya mempunyai 5 tangga. Odairisama (raja) dan Ohinasama (permaisuri) berada di tangga paling atas, Sannin-kanjo (3 puteri istana) diletakkan di tangga kedua, Gonin-bayashi (5 anak patung pemuzik lelaki) berada di tangga ketiga, Udaijin dan Sadaijin (2 anak patung menteri) berada di tangga keempat dan Shincho (3 anak patung pesuruh lelaki) diletakkan di tangga kelima.
Biasanya, keluarga yang mempunyai anak perempuan harus meletakkan Hinaningyou selewat-lewat sehingga pertengahan bulan 2 dan menyimpan Hinaningyou sehingga pertengahan bulan 3. Kalau lewat menyimpan Hinaningyou, orang Jepun percaya anak perempuan itu akan kahwin lewat dan akan menjadi isteri yang tidak pandai kemas rumah serta tidak boleh menjadi isteri yang baik. Tambahan lagi, saudara-mara berkumpul dan makan beramai-ramai sebelum Hinamatsuri.
 |
Muzium Hinaningyou |
Hinamatsuri disambut di seluruh Jepun dan kita boleh melihat Hinaningyou di mana-mana kedai dalam sebulan dari pertengahan Februari sehingga pertengahan Mac setiap tahun. Biasanya orang Jepun menyambut Hinamatsuri pada 3hb Mac tetapi ada kawasan yang menyambut pada 3hb April kerana 3hb Mac dalam kelender lama ialah 3hb April.
Shizuru Nakamura (Rashidah)
Bekas Pelajar KIKBM
Universiti Chuo, Tokyo
0 comments:
Catat Ulasan