Ahad, Februari 12, 2012

Tempat-tempat Menarik di Gunma


Kedudukan Gumma di kawasan Kanto

Gunma ialah kampung saya.  Saya dilahirkan dan membesar di Gunma.  Sejak tahun 2009, saya tinggal di Gunma selama 19 tahun.  Sekarang saya duduk di Tokyo sendiri, jadi kadang-kadang saya rindu kampung ini.

Gunma terletak di utara Tokyo, pertengahan Jepun.  Jika naik kereta api 2 jam dari Tokyo.  Oleh kerana di Gunma ada banyak gunung, hutan dan sawah, Gunma dianggap seperti kawasan yang terpencil.  Namun, jangan salah faham, kampung saya ialah ibu kota Gunma, jadi ada banyak bangunan dan rumah macam Kajang.  Oleh sebab itu, di bandar Gunma tidak ada banyak tempat yang menarik.  Di Gunma ada kawasan pelancongan yang terkenal di Jepun.


Ibu kota Gunma, Maebashi

Di Maebashi ketika musim bunga

Kawasan pelancongan itu ialah kolam air panas.  Di Gunma ada banyak kolam air panas semulajadi kerana di utara Gunma ada banyak gunung berapi.  Kolam air panas itu sangat baik untuk kesihatan.  Kawasan ini tidak jauh dari Tokyo, sebab itu ramai pelancong datang ke sini.  Kawasan kolam air panas yang terkenal dan paling popular di Gunma ialah Kusatsu, diikuti Ikaho dan Shima.

Kolam Air Panas Kusatsu, Gunma

Kolam Air Panas Kusatsu, Gunma

Kolam Air Panas Kusatsu di Gunma merupakan salah satu daripada tiga kolam air panas yang terkenal di Jepun
 
Di sini, orang-orang boleh bermain ski juga.  Jadi ramai pelancong dan penduduk Jepun datang ke sini terutamanya pada musim sejuk. Sekeliling kawasan pergunungan di Gunma, ada taman Negara yang besar dan namanya ialah Oze.  Di sini pelancong boleh menikmati bunga-bunga yang khas dan susah untuk dilihat di kawasan yang lain.  Oleh sebab itulah taman negera ini juga terkenal di Jepun.


pelancong bermain ski di Gunma
 
Musim sejuk di Gunma
 
Taman Negara Oze
 
Taman Negara Oze

Bukan sahaja tempat tetapi juga makanan di Gunma juga terkenal dan sedap seperti Udon (macam mee) dan pelbagai daging.  Semua makanan yang sedap ini disebabkan oleh kepelbagaian sifat semulajadi, bersih dan cantik di Gunma.  Kita harus menghargai sifat semulajadi ini.  Jadi, mari kita pergi ke Gunma sekarang!
Mizusawa Udon dari Gunma

Kai Maruyama (Wira)
Tahap 3
Tempat-tempat menarik di negara saya
 

3 comments:

Nik Faizul berkata...

sangat cantik pemandangan di kampung anda. jika ada masa, saya ingin pergi ke sana.

Diari KIKBM berkata...

Jika berhajat untuk datang ke Gunma, boleh hubungi Kai Maruyama dan Tomoko Egashira. Gunma ialah kamupung mereka berdua. Mungkin boleh "homestay" di sana dan pergi ke Kolam Air Panas Kusatsu

maimunah berkata...

Anda bekerja sebagai pensyarah ke di sini? Boleh bertutur dalam BM dengan baik. Tahniah!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger