Sabtu, Januari 07, 2012

Kelas Dorayaki dan Onigiri

Dorayaki, Onigiri dan Pai Pisang

Hari ini tiga orang pelajar program bahasa Melayu di ATMA iaitu Shizuru Nakamura, Aya Kikuchi dan Tsubasa Yoshida telah datang ke rumah cikgu Mali dan kami telah bertukar kemahiran memasak antara satu sama lain.  Mereka telah menunjukkan cara-cara memasak makanan kegemaran Doremon dan Nobita iaitu Dorayaki dan satu lagi makanan tradisi mereka, Onigiri.  Kedua-dua masakan ini mudah dan boleh dicuba di rumah.  Sebagai balasan, mereka telah diajar untuk memasak nasi lemak, sambal tumis udang dan pai pisang sebagai pemanis mulut.  Nampaknya, hari ini kami makan dengan banyak dan sehingga sekarang masih kenyang.  Terima kasih Shizuru Nakamura, Aya Kikuchi dan Tsubasa Yoshida kerana meluangkan masa kamu bertiga untuk mengajar kami budaya makanan Jepun.
 

Dorayaki dan Onigiri


Onigiri bersama kepingan ikan dan rumpai laut
 
Onigiri yang berinti ikan tuna dan mayonis dari Jepun

 Resipi Dorayaki daripada Shizuru Nakamura


Dorayaki

Bahan-bahan


* Boleh menghasilkan kira-kira 8-10 set Dorayaki


180g Tepung naik sendiri (self-rising flour) 
5g Baking powder
100g Gula (Caster Sugar)
20g Madu
3 biji Telur
90cc Susu segar

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, baking powder dan gula di dalam mangkuk yang sederhana besar.  Selepas itu,  gaul rata semua bahan. 
  2. Kemudian, pecahkan telur dalam satu mangkuk asing dan pukul sedikit sehingga kembang.
  3. Masukkan susu dan madu ke dalam (1), kacau rata dan akhirnya masukkan telur yang telah dipukul pada bahagian (2).  Kacau rata semua bahan campuran ini.
  4. Sediakan kuali yang tidak melekat (non-stick pan) dan panaskan dengan api yang kecil.  Kuali yang sangat panas boleh menyebabkan Dorayaki ini hangus. Apabila kuali sudah panas, adunan Dorayaki boleh dimasak seperti gambar di bawah.
  5. Akhir sekali, cantumkan dua kepingan Dorayaki dengan jem atau mentaga kacang sebagai intinya. Jika mengikut resipi asal, orang Jepun lebih gemar menggunakan paste kacang merah. Namun, semuanya terpulang kepada anda.  Pilihlah inti yang anda gemari!
 
Ambil satu senduk kecil adunan Dorayaki dan tuang ke kuali yang tidak melekat, biarkan seketika.  Apabila gelembung udara mula timbul sedikit demi sedikit, kepingan Dorayaki itu sudah sedia untuk diterbalikkan. 

Beginilah warna bahagian bawah kepingan Dorayaki yang telah diterbalikkan.

Cantumkan dua kepingan Dorayaki dengan inti yang anda gemari.


Dorayaki sudah siap dan boleh dimakan.


Selamat mencuba!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

sedapnyeeeerrrr,tak cakap pun dengan kita..kalau tau kita boleh dtg rumah atuk... skrg ni mak tok kita ada di rumah. lain kali je kita dtg rumah atuk ani yeee

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger