Makanan Malaysia dan Makanan Jepun
Saya mahu menceritakan tentang persamaan dan perbezaan budaya Malaysia dan budaya Jepun dari segi pemakanan. Terlebih dahulu orang Jepun suka nasi, begitu juga dengan orang Malaysia. Nasi Jepun lebih lembut daripada nasi Malaysia. Masakan Jepun yang dibuat daripada nasi ialah Ocazuke. Ocazuke boleh masak dengan senang kerana bahannya nasi dan the hijau sahaja. Kalau saya tidak memuaskan rasanya, saya boleh membubuh buah plum kering dan perasa. Rasanya akan lebih sedap.
![]() |
| Ocazuke |
Kebanyakan makanan Malaysia, saya rasa pedas. Saya sering pergi makan nasi goreng di kafe dekat bilik saya. Di situ ada dua belas jenis nasi goreng seperti Nasi Goreng Biasa, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Belacan, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cili Padi, Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Goreng Seafood, Nasi Goreng Kerabu, Nasi Goreng Cendawan, Nasi Goreng Pataya, Nasi Goreng USA dan Nasi Goreng Thai. Saya sudah makan enam jenis nasi goreng di dalam menu itu dan saya paling suka Nasi Goreng Pataya. Nasi Goreng Pataya ialah nasi goreng yang ada telur bakar di atasnya, sedap tetapi pedas. Di Jepun juga ada nasi goreng, namanya Yakimeshi. Bahannya kobis, lobak merah, ayam dan lain-lain iaitu hampir sama dengan nasi goreng di Malaysia. Namun, cili dibubuh di dalam nasi goreng Malaysia.
| Pilihan Nasi Goreng di Malaysia |
![]() |
| Nasi Goreng Pataya |
Biasanya orang Malaysia makan dengan tangan dan orang Jepun makan dengan penyepit. Apabila di Malaysia, saya cuba makan dengan tangan. Namun, saya tidak boleh pandai makan. Waktu saya pergi ke Melaka, saya cuba makan dengan tangan lagi di rumah keluarga angkat. Saya boleh makan lebih pandai daripada dahulu. Saya tidak tahu samada semua orang Malaysia boleh makan atau tidak dengan menggunakan penyepit. Ringkasnya, persamaan Malaysia dan Jepun ialah kedua-duanya suka makan nasi. Namun, perbezaannya ialah makanan Malaysia pedas lagipun orang Malaysia makan menggunakan tangan.
Cara makan yang berlainan bagi kedua-dua negara
Minami Nakaue (Aminah)
Tahap 4


8:47 PG
Diari KIKBM








2 comments:
sangat bagus cerita kamu :)
wow,seems really delicious!
Catat Ulasan