Sabtu, Disember 24, 2011

Persamaan dan Perbezaan Budaya Melayu dan Jepun


Saya sekarang tinggal di Malaysia kerana saya belajar bahasa Melayu sejak 1 haribulan Oktober.  Dalam tempoh ini, saya sudah perasan beberapa persamaan dan perbezaan budaya Melayu dan budaya di negara saya tentang beberapa perkara, iaitu makanan, pakaian dan perayaan.


Sajian Jepun

Sajian Melayu

Perkara pertama ialah makanan.  Orang Melayu dan orang Jepun kedua-duanya menganggap nasi sebagai makanan utama.  Hal ini ialah persamaan makanan.  Namun, ada juga perbezaan makanan.  Orang Melayu suka makanan pedas dan berminyak.   Sebaliknya, orang Jepun kurang suka makanan begitu daripada orang Melayu.  Tambahan lagi, ketika kita fikir tentang cara makan, kita boleh lihat perbezaan juga.  Orang Melayu biasanya makan makanan dengan tangan.  Walaubagaimanapun,  orang Jepun biasanya makan makanan dengan penyepit.

 Cara makan yang berbeza


Seterusnya, saya menulis tantang pakaian.  Orang Melayu kadang-kadang pakai baju tradisional contohnya pada hari raya atau pada hari bekerja,  orang lelaki pakai baju melayu dan orang perempuan pakai baju kurung.  Bertentangan dengan orang Melayu, orang Jepun biasanya pakai baju moden seperti t-shirt, G-Pants dan skirt.  Baju tradisional hanya dipakai ketika upacara istimewa atau perayaan penting sahaja.  Seperti juga orang Jepun, orang Melayu generasi muda suka baju moden dan kadang-kadang pakai baju begitu.
 
Baju Melayu dan Baju Kurung
 
Yukata
 
Akhirnya, saya mahu menulis tentang perayaan.  Orang Melayu ada banyak perayaan dan di dalam perayaan itu Hari Raya paling penting bagi mereka.  Mereka menyambut Hari Raya dengan keluarga mereka.  Sama juga dengan orang Melayu, orang Jepun mempunyai hari perayaan iaitu Perayaan Tahun Baru.  Mereka biasanya menyambut hari itu sepanjang tiga hari, yakni sehingga 3 haribulan Januari.


Tahun Baru di Jepun

Di antara orang Melayu dan orang Jepun, ada beberapa persamaan dan beberapa perbezaan begini.  Namun sebenarnya, kedua-dua sama manusia.  Persamaan itu paling penting.  Kesimpulannya, kita mesti faham persamaan dan perbezaan begitu untuk tahu di antara satu sama lain.


Itsuki Yoshihara (Imran)
Tahap 4


5 comments:

Pecinta Budaya berkata...

Waah...,, unik dan menarik. Kimono dan Pakaian Melayu sama-sama tertutup meskipun bentuk yang hampir beda. Dan kulinernya juga hampir sama dari sajiannya... Kuliner Aceh

Diari KIKBM berkata...

Salam perkenalan daripada kami. Terima kasih atas ulasan ini.

Arisa Lucifiria berkata...

Terima Kasih.

Awkwardonut berkata...

Terima kasih, saya pula sedang mempelajari Bahasa Jepun,tahap 3 di sekolah. Nanti boleh la saya berkomunikasi dgn org Jepun menggunakan bahasa mereka : )

Tanpa Nama berkata...

Tetapi Malaysia ada bnyk kaum bukan melayu sahaja:(

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger