Jumaat, Ogos 07, 2015

Orang Bermutu: Kesepadanan Peribahasa Cina dengan Peribahasa Melayu



Menurut Kamus Dewan (2005), kualiti bermaksud darjah kecemerlangan, kebaikan atau nilaian yang tinggi terhadap sesuatu perkara serta mempunyai mutu yang baik. Mutu pula membawa maksud ukuran taraf, kualiti atau nilaian terhadap sesuatu perkara. Perkataan ‘Kualiti’ sebenarnya diambil daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘Quality’. Berdasarkan maksud dalam Kamus Dewan, ‘Mutu’ dan ‘Kualiti’ membawa pengertian yang sama dan perkataan ‘Mutu’ lebih sesuai digunakan untuk membuat rujukan ‘Kualiti’ dalam bahasa Melayu.  

Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (2008) pula, ‘Mutu’ diertikan sebagai ukuran baik atau buruk terhadap suatu benda, kadar, taraf atau status. Perkataan ‘Mutu’ bukan hanya digunakan untuk merujuk kepada benda atau objek, namun boleh juga merujuk kepada taraf atau status manusia yang dinyatakan secara tersirat mahu pun yang tersurat.  Dalam kamus Merriam-Webster's advanced learner's English dictionary (2008), frasa ‘Kualiti’ turut menyentuh sifat-sifat manusia yang merujuk kepada ciri-ciri personaliti yang baik atau buruk untuk memberi gambaran terhadap sifat dan tingkah laku seseorang. Seterusnya, dalam Kamus Xin Hua (2011), ‘Kualiti’ juga merujuk kepada manusia dan dimaksudkan sebagai ciri yang paling penting untuk membentuk pemikiran, tingkah laku, gaya prestasi, pengetahuan dan personaliti seseorang. 

Dalam penulisan ini, saya akan menggunakan istilah ‘Mutu’ bagi merujuk kepada ‘Kualiti’. Orang bermutu adalah orang yang mempunyai darjah kecemerlangan dalam sifat-sifat seseorang yang dapat diketahui melalui pemikiran, tingkah laku, gaya prestasi, pengetahuan dan personalitinya.  Justeru, lima kriteria yang terdiri daripada pemikiran, tingkah laku, gaya prestasi, pengetahuan dan personaliti akan dijadikan kategori untuk pengagihan peribahasa dalam penulisan ini.        

Berikut adalah contoh kesepadanan peribahasa Cina dengan peribahasa Melayu berdasarkan lima kriteria orang bermutu yang diperolehi daripada perbincangan di atas: pemikiran, tingkah laku, gaya prestasi, pengetahuan dan personaliti.



KATEGORI ORANG BERMUTU
PERIBAHASA MELAYU
PERIBAHASA MANDARIN
KESEPADANAN
Pemikiran
Berbilang daripada esa; mengaji dari alif.

Mengerjakan sesuatu hendaklah dari pangkalnya.
没有规矩,不成方圆


常强调做任何事都要有一定的规矩、规则、做法、否则无法成功。
Kedua peribahasa ini membawa maksud yang sama iaitu mengerjakan sesuatu tanpa cara dan alat tertentu tidak mungkin berhasil.
Bagai jawi makan, dimamah dahulu baru ditelan

Setiap perbuatan dirundingkan dan ditimbang sebaik-baik dahulu baru dilakukan.
事不三思终有悔



比喻每项工作或是行动,都要经过反复考虑或是讨论之后才付诸实施。
Peribahasa ini membawa makna sebelum melakukan sesuatu perkara lebih baik fikir atau bincang dahulu supaya tidak menyesal.
Tingkah Laku
Berhampar lapik, berlicin daun

Berunding mencari penyelesaian dengan ikhlas.
事无不可对人言


比喻襟怀坦荡的人,对待各种事无都才去光明正大的手段,不必对人掩饰。
Kedua peribahasa bermaksud yang sama ialah membuat sesuatu tidak perlu sembunyi. Peribahasa ini menunjukkan seseorang yang bermutu ada mempunyai sifat yang jujur.
Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.

Membahagikan perolehan sama banyak antara kawan-kawannya.
  有饭大家吃


比喻有好处大家共同分享
Kedua peribahasa ini membawa maksud adalah persahabatan yang karib dan ada sifat perkongsian di antara satu sama lain.
Gaya Prestasi
Benih yang baik tidak memilih tanah

Orang yang baik, ke mana saja pergi, tetap baik.
   将门出虎子

比喻有才干的人家能培养出优秀的子弟。
Dalam peribahasa ini menunjukkan maksud yang sama iaitu keluarga yang baik tentu biasa membina orang yang pandai.
Tak jemu-jemu seperti ombak memecah pantai

Tidak berhenti berusaha.
  细水长流能穿石



比喻坚持不懈地工作
Kedua-dua peribahasa ini mengandungi maksud yang sama iaitu tidak berputus asa atau tidak berganjak daripada pendirian asal. Peribahasa China maknanya, walaupun air kecil tapi bila lama boleh menembusi batu.
Pengetahuan
Banyak makan garam

Orang yang banyak pengalaman.
久居江湖,能识过路之人

比喻人见识广,有经验,有见识。
Kedua-dua peribahasa membawa makna banyak berpengetahuan dan berpengalaman. 
Belumlah kamu merasa secukup manis kesenangan sehingga terdahulu kamu mengecap pahit kesusahan

Kalau pernah susah, baru tahu erti sebenar kesenangan.
  梅花香自苦寒来



捱过寒冷冬季的梅花更加的幽香。喻义要想拥有珍贵品质或美好才华等是需要不断的努力、修炼、克服一定的困难才能达到的。

Kesepadanan dalam kedua peribahasa ini ialah mengajar orang jikalau ingin mendapat kejayaan perlu mengalami kesusahan.
Personaliti
Berani buat, berani tanggung

Berani menghadap akibat apa yang dibuat.
敢在高山住,不怕狼和虎


比喻既然敢做,就有思想准备,不怕困难和风险。
Kedua-dua peribahasa ini mengandungi maksud ‘berani’. Peribahasa China maksudnya berani tinggal di dalam gunung, tidak takut serigala dan harimau.
Barang yang dikata, itulah kota

Janji jangan diubah; Apa yang telah dikatakan, mesti dilakukan
一言既出驷马难追


比喻答应了的事情不要更改,说话算话。
Kedua-dua peribahasa ini berimplikasi dengan menepati janji.



Pan Hui (Rohana)
Tahap 7

Ahad, Ogos 02, 2015

PABM 2015: Bahasa Melayu Lambang Ketinggian Budi Bahasa



SEMPENA Pertandingan Pidato Antarabangsa 2015 (PABM 2015) yang akan berlangsung bermula 4 Ogos ini dilihat mampu terus memartabatkan penggunaaan bahasa rasmi Malaysia iaitu Bahasa Melayu di kalangan penduduk dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun bahasa Melayu berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha untuk menginstitusikannya namun beberapa langkah diambil kerajaan untuk terus memartabatkannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Salah satunya adalah menerusi PABM yang mana melibatkan pembabitan peserta dari negara luar yang mempelajari bahasa Melayu dalam pengajian mereka.

10 Tajuk Jadi Taruhan Pemidato PABM 2015

“Kita semua tahu keupayaan bahasa Melayu. Bahasa itu menjadi bahasa wahana tinggi dan bahasa ilmu yang boleh mengajarkan pelbagai displin ilmu selain menjadi bahasa pertuturan seharian. Ia juga menjadi bahasa yang melambangkan ketinggian budi bahasa dan ketamadunan kita.

“Memang mudah untuk bercakap tentang usaha memperkasa bahasa Melayu, khususnya di peringkat antarabangsa. Namun malangnya, peranan tersebut lebih banyak digerakkan oleh institusi kerajaan berbanding oleh rakyat biasa. Bahasa Melayu tidak akan membawa sebarang makna sekiranya ia berkembang dan berkisar hanya di kalangan penutur bahasa itu sahaja atau di kalangan penggunanya yang setia. Memperkasa bahasa Melayu memerlukan sokongan dan dokongan rakyat,” kata beliau sempena PABM 2015 yang akan berlangsung di Bangi dan Putrajaya.

Para peserta PABM 2015 sedang khusyuk mendengar sesi taklimat di Hotel RHR@Uniten

Amanat PM itu dipetik menerusi laman web PABM

Selain itu, PM turut positif bahasa Melayu mempunyai potensi yang sangat besar selain keupayaan bahasa itu sendiri dalam mengajar penutur asing.

Memberi contoh di Eropah Barat, yang mana sastera dan budaya Melayu diajar secara meluas di institusi pendidikan yang berpengaruh, selain penerbitan berpuluh ribu artikel mengenai perihal bahasa Melayu di sana.

“Seluruh masyarakat penutur bahasa Melayu harus mengambil kesempatan dari perubahan besar kuasa ekonomi global yang sedang berlaku sekarang yang memperlihatkan peralihan pola dari barat ke timur. Perubahan ini turut melibatkan dunia Melayu. Tindakan bjiak di kalangan pencinta bahasa mampu mentranformasikan hasrat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia yang dominan,” kata beliau lagi.

Menutup kata, Najib berharap agar PABM akan terus mengisi kalendar tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia selain penglibatan lebih banyak negara bangsa bagi mengangkat martabat bahasa Melayu ke satu kedudukan yang tinggi dan gah di persada dunia.


Oleh:  JULIANA JOHAR
Sumber Berita: MYNEWSHUB.CC


Isnin, Mei 18, 2015

Adat Pengebumian di Negara China

Tradisi tahunan Qingming di tapak perkuburan di China. Sumber: www.hihuadu.com

Penulis dan pengkritik yang terkenal Forster dari negara Inggeris dalam bukunya Aspects Of  The Novel mengatakan bahawa terdapat 5 acara utama dalam kehidupan umat manusia, iaitu kelahiran, makanan, ketiduran, kecintaan dan kematian. Bagi manusia, kelahiran dan kematian memang adalah paling penting dalam kehidupan. Kita barangkali tidak boleh mangambil keputusan tentang kelahiran kita, tetapi setiap orang mesti menghadapi kematian. Kematian ialah proses yang manusia mesti alaminya. Saya berfikir bahawa kematian hanya mewakili penamatan nyawa manusia. Sebenarnya, kematian menyampaikan banyak maklumat kepada manusia. Contohnya, kita boleh mendapati kaitan rohani antara si mati dan si hidup melalui kematian. Setiap kaum ada penerangan sendiri terhadap kematian di dunia. Saya beranggapan bahawa pengebumian adalah sejenis cara yang terbaik untuk membayangkan penerangan manusia terhadap kematian, maka pengebumian menembusi ke dalam kebudayaan bangsa secara automatik.

Sebagai satu bahagian penting budaya manusia, kebudayaan pengebumian ialah komposit pelbagai kebudayaan dalam aktiviti komuniti. Ia diciptakan oleh komuniti berkenaan yang berkaitan dengan kematian. Di samping itu, kebudayan pengebumian mencerminkan tahap pembangunan tamadun sosial. Ia juga adalah salah satu tanda yang penting daripada tamadun bandar. Penjanaan kebudayaan pengebumian berkenaan dengan ideologi kekekalan roh manusia wujud dalam masyarakat primitif. Masyarakat itu menakuti dan menghormati roh. Jadi upacara yang bertujuan untuk menyimpan roh muncul. Sejajar dengan perkembangan masyarakat dari primitif ke moden, upacara ini telah mengalami proses perkembangan daripada yang mudah kepada yang lebih rumit. Pada akhirnya, upacara ini menjadi satu fenomena kebudayaan yang unik. Kebudayaan pengebumian merangkumi banyak kandungan seperti iman, etika dan sebagainya. Karangan saya cenderung untuk memperkenalkan adat pengebumian negara China, terutamanya, cara pengebumian di negara China.

Negara China mempunyai tamadun yang purba dan gilang-gemilang selama 5 ribu tahun. Adat-istiadat pengebumian sebagai sebahagian kebudayaan China diwarisi oleh orang China sehingga kini. Dalam banyak buku China, kita boleh membaca plot yang menceritakan perihal pengebumian. Misalnya, dalam buku Impian Istana Merah (Hong Lou Meng), penulis buku ini memperlihatkan acara pengebumian yang besar-besaran kepada pembaca. Kita boleh mendapati sejarah dan keadaan masyarakat negara. Saya percaya bahawa adat-istidat pengebumian China pasti mempunyai keistimewaan dan nilai-nilai kebudayaan sendiri.


Pengebumian Tanah

Pengebumian Tanah

Pengebumian tanah adalah adat pengebumian yang terawal dicipta, dan memiliki sejarah yang panjang. Selain itu, pengebumian jenis ini paling banyak digunakan oleh kaum-kaum di negara China. Pengebumian tanah berasal daripada masyarakat primitif seperti dalam tamadun Banpo. Tamadun ini sudah menggunakan pengebumian tanah. Kemudian dinasti Xia dan Yin juga menggunakan pengebumian tanah.

Maharaja Qin melarang pengebumian api (membakar mayat) berdasarkan teori “rambut dan kulit manusia daripada ibu bapa, jadi tidak boleh dirosakkan”.  Sebab itu semasa dinasti Qin dan dinasti Han, pengebumian tanah menjadi pengebumian utama dalam kalangan rakyat kaum Han. Pengebumian ini juga diwarisi turun-temurun oleh masyarakat China. Penghasilan pengebumian berkait rapat dengan pemikiran manusia yang beranggapan bahawa manusia pasti pulang ke tanah. Si mati harus dikebumikan. Jika sudah dikebumikan, barulah mendapat aman damai.

Dari zaman Paleolitik hingga sekarang, manusia selalu bersikap serius dengan penuh sewaktu manusia mengebumikan si mati. Biasanya, si mati dikebumikan dengan sejumlah besar barangan untuk melegakan roh si mati. Barang-barang ini terkandung alat kehidupan harian, makanan dan barang perhiasan.

Selaras dengan peralihan dinasti, pengebumian tanah juga memperlihatkan ciri-ciri masyarakat yang berbeza. Dinasti Shang China adalah tempoh kemuncak adat pengebumian. Bukan sahaja sebilangan besar barangan yang mewah dikebumikan, tetapi ramai hamba terpaksa dikebumikan bersama-sama mayat. Semasa dinasti Zhou, kerajaan menentukan ukuran kubur, jenis dan jumlah barang-barang pengebumian. Pada dinasti Zhan Guo, sistem permakaman dicipta dengan pemerintah sebagai pusat. Selepas Qin Shi Huang menjadi maharaja, beliau bermula untuk membina makam secara besar-besaran. Pada dinasti Han, manusia mempopularkan teori Feng Shui untuk memilih tanah perkuburan, adat yang hamba ditanam bersama-sama mayat dibatalkan, alat tembikar dan lain-lain sebagai barangan pengebumian. Pada dinasti Negara Tiga, Wei dan Jin, pemerintah mengalakkan orang ramai menggunakan barangan pengebumian yang ringkas. Sejak dinasti Chun Qiu, orang ramai membina kubur memerlukan kerajaan membahagikan tanah.
 
Pengalian oleh ahli arkeologi pada kubur purba menjumpai himpunan tulang-tulang manusia dalam satu kubur dan perkakasan tembikar

Ahli arkeologi China masih belum dapat memasuki makam Maharaja Qin Shi Huang. Ini adalah ilustrasi makam Maharaja Qin Shi Huang berdasarkan catatan ahli sejarah Sima Qian. Maharaja Qin Shi Huang telah membina makam yang terbesar dalam sejarah China untuk dirinya.

Oleh kerana adat pengkebumian menyebabkan pembaziran sumber, penyalahgunaan tanah ladang, penyakit berjangkit, maka ia telah beransur-ansur digantikan oleh undang-undang untuk membakar mayat selepas penubuhan Baru China, tetapi setakat ini masih disimpan di kawasan luar bandar jauh.


Pengebumian Api

Negara-negara di dunia menggalakkan rakyat menjalankan adat pengebumian api (membakar mayat) untuk menjimatkan tanah ladang yang jarang sejak abad ke-20, tambahan pula, pengebumian api boleh menjaga alam sekitar berbanding dengan pengebumian tanah.

Pengebumian api berasal daripada zaman Neolitik, pengebumian ini popular di rantau barat laut negara China pada masa dahulu, sebahagian kaum minoriti mengamalkan adat pengebumian ini seperti kaum Qiang, kaum Yi, kaum Nu, kaum Yao dan sebagainya. Pada mulanya, orang kaum Han berasa bahawa pengebumian api adalah sejenis adat buruk yang memberontak moral, seperti begitu, adat pengebumian api diguna dan dipopularkan oleh orang kaum Han mempunyai banyak sebab.

Pengebumian api mengikut perspektif agama dalam masyarakat di China

Agama adalah salah satu sebab yang penting daripada pengebumian api dipopularkan oleh orang ramai. Menurut catatan sejarah, agama Buddha telah diperkenalkan ke dalam negara China pada dinasti Han, jadi adat pengebumian api muncul di China sejak masa itu. Kita sudah maklum, agama Hindu dan agama Buddha mengamalkan adat pengebumian api. Penganut agama Buddha mengadakan acara pengebumian api untuk Sakyamuni, kemudian penganut-penganut yang lain juga meniru-niru kelakuan ini. Di China, ramai sami dan penganut Buddha menjalankan pengebumian api sejak dinasti Shui dan Tang.

Dalam dinasti Song, Yuan dan Qing, kerajaan pernah melarang orang ramai menjalankan pengebumian api, tetapi adat pengebumian api tidak boleh dihapuskan, kerana sami, penganut dan rakyat yang dekat kuil-kuil masih melakukan acara pengebumian api. Saya berfikir bahawa iman orang tidak boleh dihapuskan, jadi adat pengebumian ini disimpan dan di warisi sehingga sekarang.

Selain pengaruh agama, ada beberapa kumpulan sosial juga menjalankan pengebumian ini. Orang miskin tidak mampu membayar bayaran yang tinggi untuk melakukan pengebumian tanah, jadi mereka akan memilih pengebumian api. Bagi orang yang meninggal dunia akibat hawar (penyakit), keluarganya atau kerajaan akan membakar mayatnya untuk mengelakkan penyakit merebak.

Selepas penubuhan Baru China, pengetua negara selalu menggalak pengebumian api untuk menjimatkan tanah dan sumber. Kecuali Mao Ze Dong, ramai pengetua negara menjalankan pengebumian api seperti Zhou En Lai dan Teng Xiao Ping.

Sekarang hampir-hampir setiap kawasan ada tempat rasmi untuk menjalankan aktiviti membakar mayat. Abu tulang akan diletakkan di dalam bekas plastik segi empat tepat selepas mayat dibakar, kemudian bekas itu diletakkan ke dalam satu kotak kadbod atau beg baldu, keluarga si mati mesti membayar perbelanjaan bekas abu tulang. 


Pengebumian Air

Pengebumian air adalah sejenis cara pengebumian yang purba di dunia, ia menunjukkan manusia memasukkan mayat si mati ke dalam sungai, laut atau tasik, mayat akan terhanyut atau ditelan ikan-ikan. Pengebumian air popular di bahagian-bahagian selatan China, khasnya di kawasan dekat laut, sejumlah kaum minoriti juga menjalankan pengebumian air.

Air untuk manusia mempunyai maksud yang luar biasa. Air adalah asal-usul dan destinasi kehidupan manusia, manusia mempunyai harapan yang baik untuk air. Dalam banyak dongeng, air dianggap berkaitan dengan kebahagiaan, keelokan, kekekalan bersama-sama. Oleh kerana itu, manusia sentiasa mengadakan pengebumian air untuk si mati. Kebanyakan nelayan menggunakan pengebumian air, mereka dekat laut, mereka mencari nafkah dari laut, pada akhirnya, mereka juga mahu pulang ke laut.

Pada keseluruhannya, pengebumian air mempunyai tiga jenis bentuk yang utama. Bentuk jenis pertama adalah mayat diletakkan dalam sebuah sampan, seterusnya sampan diletakkan ke dalam laut, sampan itu akan terhanyut dengan pengaliran air. Kedua, si hidup menabur abu tulang si mati ke dalam laut, kelakuan ini juga dipanggil sebagai pengebumian air. Ketiga, manusia memasukkan mayat si mati ke dalam laut secara langsung, mayat si mati perlulah dibungkus, batu akan terikat pada mayat supaya mayat boleh tenggelam ke dalam air.


Si hidup menabur abu tulang si mati ke dalam laut dalam bentuk kedua acara pengebumian air

Majlis pengebumian ini akan mencemarkan air, jadi pengebumian ini dilarang oleh kerajaan, tetapi masih terdapat kaum atau orang miskin yang menjalankan acara pengebumian ini. Di kawasan Tibet, kadang-kadang orang Tibet juga mengamalkan pengebumian air kerana dipengaruhi agama. Di kawasan Yunnan, sebilangan kaum minoriti juga masih menjalankan acara pengebumian ini.


Pengebumian Langit

Pengebumian langit, juga dikenali sebagai pengebumian burung. Majlis pengebumian ini adalah yang paling biasa di kawasan Tibet dan Mongolia. Terdapat rekod tentang pengebumian ini dalam buku purba di China seperti Zhou Yi dan Meng Zi.

Di kawasan Tibet, pengebumian langit adalah cara pengebumian yang tradisi, manusia akan mengangkut mayat si mati ke satu tempat yang tentu. Mayat si mati dipakai pakaian, orang lain akan menghidang teh mentega kepada si mati, dan menjemput Lama untuk membacakan kitab untuk si mati. Lazimnya, mayat si mati diangkut ke kuil Lama dahulu, kemudian mayat dikerat dan diletakkan di tempat yang mengadakan pengebumian langit untuk mayat dipatuk oleh burung-burung (helang), kadang-kadang haiwan lain juga makan mayat. Orang kaum Tibet menganggap kelakuan ini sebagai beralamat baik, ini menunjukkan si mati telah pulang ke syurga.


Mayat si mati dimakan oleh haiwan dalam pengebumian langit

Kaum Mongolia juga mengamalkan adat pengebumian langit. Di kawasan kaum Mongolia, mayat si mati menghadapi langit, dan ditutup oleh kain yang bertulis kitab. Mayat diletakkan di kawasan terbiar, biarkan musang, serigala, burung karnivor makan mayat itu. Selepas tiga hari berlalu, saudara-mara pergi ke melawat, jika mayat itu ditelan oleh burung habis, ini bermakna roh si mati telah pulang ke syurga. Kalau mayat itu ditelan sedikit, ini bermaksud kelakuan si mati sangat buruk sebelum si mati masih hidup, bahkan burung-burung juga enggan makan mayatnya. Kalau seperti ini, keluarga si mati akan menjemput Lama melafazkan kitab untuk si mati hingga mayat si mati ditelan bersih.

Pengebumian langit memperlihatkan maksud kebudayaan mendalam masyarakat etnik purba dan kebijaksanaan ekologi amat munasabah di belakang bentuknya yang mudah, baik kaum Tibet mahupun kaum Mongolia. Kebijaksanaan ini mengekalkan keharmonian antara manusia dan alam, antara manusia secara sedar atau tidak sedar.


Pengebumian Cenuram

Terdapat satu adat pengebumian yang purba dan luar biasa iaitu pengebumian cenuram di kawasan Selatan China. Pengebumian ini menunjukkan manusia meletakkan keranda di cenuram. Pengebumian cenuram juga dipanggil sebagai pengebumian batu atau pengebumian dewa. Tempat yang menggantung keranda dipilih di cenuram yang menghadapi laut, sungai, atau tasik. Manusia menggunakan keranda seperti kapal untuk meletakkan mayat si mati. Syarat tersebut membayangkan pengebumian cenuram berasal dari penduduk yang berhampiran laut.

Menurut catatan sejarah dan telah dikuasai data arkeologi, pengebumian cenuram yang terawal didapati di kawasan Fu Jian dan Jiang Xi negara China, malahan pengebumian cenuram adalah adat pengebumian kaum Yue pada zaman kuno. Han Shu mengatakan keadaan tentang kehidupan dan adat pengebumian orang kaum Yue. Orang kaum Yue menduduki kawasan antara lurah dan sungai, meraka menggunakan perahu sebagai alat pengangkutan, mereka juga pandai berenang, mereka memakai pakaian dan seluar yang pendek untuk memudahkan kehidupan dan pengeluaran mereka.

Rekod tersebut menunjukkan persekitaran geografi dan kehidupan ekonomi orang kaum Yue purba China berkait rapat dengan laut, sungai dan tasik. Selepas ideologi agama masyarakat manusia dijana, manusia menambah kehidupan realiti manusia kepada dunia roh berdasarkan roh moyang yang boleh hidup di dunia lain. Walaupun kehidupan manusia telah tamat, tetapi roh dan kumpulan-kumpulan sosial yang asal masih terus mengekalkan hubungan rapat. Roh masih tinggal bersama keluarganya dalam persekitaran geografi dahulu. Kalau mayat diletakkan di cenuram yang sangat tinggi, mayat boleh disimpan lama, jadi beberapa orang anggap pengebumian ini boleh mencerminkan si hidup menghormati si mati.

Pengebumian Cenuram

Kaum Miao juga ada pengebumian cenuram, tetapi acara pengebumian kaum Miao berbeza dengan kaum lain kerana ideologi dan keadaan kehidupan berbeza. Di kawasan Yunnan juga mendapat banyak perkuburan cenuram, satu tempat daripada Yunnan dipanggil sebagai muzium perkuburan cenuram.


Pengebumian Pokok

Sebenarnya, pengebumian pokok adalah sejenis adat pengebumian purba dan khas, pengebumian ini juga membayangkan kehidupan orang primitif. Menurut adat pengebumian kaum Tibet, manusia tidak boleh mengadakan acara pengebumian tanah, pengebumian air dan pengebumian langit untuk kanak-kanak yang umurnya kurang 8 tahun. Selepas kanak-kanak meninggal dunia, keluarganya akan membuat satu bakul buluh atau kotak kayu untuk meletakkan mayat kanak-kanak. Mayat kanak-kanak akan tergantung pada pokok-pokok di hutan. Di kawasan lain, pengebumian pokok mungkin juga digunakan untuk si mati dewasa.


Pengebumian pokok untuk mayat kanak-kanak dan abu orang dewasa

Pengebumian pokok juga mempunyai bentuk lain, ini menunjukkan manusia membakar mayat si mati dahulu, kemudian manusia mengebumikan abu tulang si mati di bawah pokok. Pada zaman kuno, manusia hanya meletakkan sebuah papan tanda di bawah pokok untuk membezakan si mati, manusia tidak boleh membina batu nisan untuk si mati.

Sekarang, pengebumian pokok telah menjadi sejenis adat pengebumian yang baru. Pengebumian pokok moden bukan sahaja boleh menyampaikan rindu si hidup kepada si mati, tetapi juga boleh mencantikkan alam sekitar. Bebarapa bandar sudah ada taman perkuburan pokok. Taman Kehidupan Wu Han adalah salah satu taman bandar, ekologi, tanah perkuburan awam di Wu Han. Perancangan taman kehidupan bergabung dengan seni alam sekitar, adat pengebumian dan kebudayaan Feng Shui.
 
Pengebumian pokok mengikut cara moden

Pengebumian pokok moden menyebarkan etika tradisi, di samping itu, pengebumian ini juga menggalakkan tamadun pengebumian baru. Melalui penggunaan tumbuh-tumbuhan dan seni ukiran, boleh mengubah suasana perkuburan tradisional yang berat dan muram, si mati boleh mendapat aman di celah-celah pokok-pokok.



Liu Baiyun (Fariza)
Sahabat KIKBM


Jumaat, Mei 08, 2015

Orkestra Tradisional Artisukma UKM 2015 " MeLovedy"

Malam Persembahan Orkestra Tradisional Artisukma UKM "MeLovedy" pada 4 Mei 2015 di DECTAR UKM


Pelajar kami, Pan Hui (Rohana) telah bermain alat muzik 'Pipa' dalam persembahan ini. Pan Hui, cikgu bangga dengan keberanian kamu bermain 'Pipa' dan tahniah daripada kami di KIKBM.

Rohana (Pan Hui)

Rohana fokus bermain pipa untuk lagu 'Anak Kampung'

Khamis, April 30, 2015

Tapak Arkeologi di Semenanjung Malaysia

Junko Mori bersama Sukarelawan Muzium Negara telah terlibat dengan Program Lawatan Sambil Belajar pada 18 hingga 20 April 2015 yang lalu ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Galeri Arkeologi Lembah Lenggong dan Tapak Arkeologi Sungai Batu. Sepanjang program, peserta didedahkan dengan pelbagai jumpaan arkeologi yang membuktikan kehidupan manusia zaman Pra-Sejarah dan Proto-Sejarah - Kredit: Muzium Negara

Saya fikir bahawa di Semenanjung Malaysia ada dua buah tapak arkeologi yang sangat penting iaitu Lembah Lenggong di negeri Perak dan Lembah Bujang di negeri Kedah.

“Perak Man” di Lembah Lenggong - Kredit: Muzium Negara

Lembah Lenggong telah menjadi Warisan Dunia pada tahun 2013. Di dalam tapak itu ada banyak puing dari zaman batu awal sehingga zaman logam. Salah sebuah puing yang sangat terkenal di tapak itu ialah Gua Gunung Runtuh. Di gua itu, penyelidik dari USM menjumpai rangka lelaki yang mereka menamakan “Perak Man” dari sebuh kubur yang dibuat oleh orang-orang yang hidup kira-kira 11,000 tahun dahulu. “Perak Man” sangat penting untuk sejarah manusia kerana penyelidik-penyelidik fikir “Perak Man” adalah rangka paling tua yang ada hampir semua tulang di Asia Tenggara. “Perak Man” mungkin boleh dikatakan sebagai nenek moyang Orang Asli yang paling awal datang ke Semenanjung Malaysia.

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong - Kredit: Muzium Negara

Junko Mori menimba pengalaman galicari (ekskavasi) di Tapak Arkeologi Sungai Batu - Kredit: Muzium Negara

Tapak Arkeologi Sungai Batu - Kredit: Muzium Negara

Tapak yang sangat penting di Semenanjung Malaysia, kecuali Lembah Lenggong, ialah Lembah Bujang. Di Lembah Bujang ada banyak puing candi (rumah ibadat bagi penganut agama Hindu atau Buddha pada zaman proto- sejarah klasik).  Penyelidik-penyelidik arkeologi menjumpai barang-barang daripada abad ke-4 sehingga abad ke-14 di puing candi dan kawasan yang dekat dengan candi-candi itu. Ada orang yang kata mungkin Negara Melayu pertama ada di Lembah Bujang. 


Junko Mori di Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Kredit: Muzium Negara
 
Muzium Arkeologi Lembah Bujang - Kredit: Muzium Negara

Galicari di Lembah Bujang masih diteruskan. Saya harap, penyelidik arkeologi akan dapat barang-barang atau puing-puing yang belum dijumpai dan boleh menerangkan sejarah Malaysia dengan lebih baik.



Junko Mori (Mahsuri)
Sahabat KIKBM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger