Ahad, Januari 18, 2015

Zhaotong: Kampung Halaman Saya

Yang Zhengfei (Fadilah) membuat pembentangan kertas kerja yang bertajuk 'Zhaotong: Kampung Halaman Saya'

Kampung halaman adalah tempat seseorang dilahirkan, tinggal dan hidup dalam jangka masa yang panjang atau pangkal permulaan hidup mereka. Sama ada orang berasal dari kampung halamannya, atau orang tinggal di tempat lain, atau yang tinggal di luar negara, semua orang mempunyai perasaan yang tidak dapat dilupakan dan perasaan teristimewa terhadap kampung halaman. Pendek kata, semua orang suka kampung halaman mereka.

Kampung halaman ialah tempat bermulanya kehidupan, pengalaman hidup sepanjang hayat kita direkodkan dalam kehidupan, ia seperti seorang ibu yang ada perasaan kasih dan sayang, perasaan tersebut akan dimasukkan ke dalam hidup kita.  Semua orang berbangga dan gembira apabila bercerita tentang kampung halaman sendiri, dan kerinduan bagi kampung halaman akan kian lama kian kuat. Ini sebab saya memilih kampung halaman saya sebagai tajuk pembentangan ini.

Zhaotong

Zhaotong dalam Provinsi Yunnan
 
Kampung halaman saya dipanggil Zhaotong. Zhaotong adalah salah sebuah bandar di bawah provinsi Yunnan. Ia terletak di timur laut Provinsi Yunnan, sebuah bandar sejarah yang panjang, kaya dengan kebudayaan, mempunyai sebuah bandar dan sepuluh daerah, dengan kawasan seluas 23,000 kilometer persegi, iaitu satu persepuluh keluasan daripada Malaysia .

Rupa bumi kawasan ini adalah di selatannya tanah tinggi dan utaranya rendah, aras tertingginya adalah 4,040m, aras terendahnya pula adalah 267m. Kawasan ini didiami oleh kaum Han, Yi, Miao, Hui dan beberapa kaum entik yang lain.  Jumlah keseluruhannya ialah 24 jenis etnik daripada bilangan penduduk 5.8 juta.  Kawasan ini mempunyai kelebihan sejarah yang panjang dan geografi yang unik, adat resam etnik daripada sumber semula jadi dan kebudayaan yang berwarna-warni.

Dari segi sejarah, Zhaotong adalah hab kepada Yunnan dan juga adalah buruj "Southwest Silk Road" yang dikenali sebagai "kunci Selatan Yunnan, tekak Barat Sichuan".  Sementara itu, Zhaotong adalah pintu gerbang utara Yunnan untuk pergi ke provinsi Sichuan dan masuk Sungai Yangtze.

Zhaotong ialah salah satu daripada tiga “tempat kelahiran budaya Yunnan", sejarah pembukaannya panjang, orang dahulu mencipta “budaya Shushi” yang bercahaya, meninggalkan banyak tempat bersejarah, ditambah topografi khas, pembentukan ciri-ciri tersendiri menjadikannya sumber pelancongan.
 
Sejarah

Zhaotong mempunyai sejarah awal zaman purba hingga ke Dinasti Qin (kira-kira tahun 221 Sebelum Masihi). Timur Laut Yunnan iaitu Zhaotong ialah salah satu wilayah penempatan manusia awal di China. Ahli-ahli arkeologi telah menemui fosil Paleolitik Homo sapiens "orang Zhaotong " dan tapak kampung asal pada zaman Neolitik batu. Zhaotong ialah kawasan tanah yang ajaib dan aneh, bersejarah purba dan berbudaya primitif. 

Sejarah awal zaman purba di Zhaotong sebelum Dinasti Qin

Pada tahun Sebelum Masihi 250, Raja Xiaowen dari Dinasti Qin mengarahkan Li Bing yang mengawas provinsi Sichuan, membuka gunung sebagai jalan masuk ke provinsi Yunnan, disebabkan jalan itu sepanjang lima kaki, orang selalu memanggil jalan itu jalan “Wuchi”. Tambahan pula Zhaotong kebetulan terletak di pusat laluan itu, dengan sebab ini, Zhaotong ialah kawasan yang menerima pengaruh kebudayaan dari kawasan pedalaman yang paling awal di provinsi Yunnan. 

Budaya  "Shushi"

Dinasti Han Barat menubuhkan kota “Shushi” di bandar Zhaotong, inilah kali pertama Zhaotong diletakkan di bawah pengurusan pemerintah pusat. Sejak Dinasti Han Barat hingga tempoh tahun keenam Tianbao Dinasti Tang, Zhaotong diperintah oleh kuasa pemerintah pusat kira-kira selama 800 tahun.

Kota "Shushi" di Zhaotong


Yang Zhengfei (Fadilah)
Kolokium Pelajar KIKBM 2015
Tahap 6

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger