Chen Nannan (Hajar) membuat pembentangan kertas kerja yang bertajuk 'Masjid di China' |
Dinasti Tang, Lima Dinasti dan Sepuluh kerajaan (Tempoh perpecahan politik antara Dinasti Tang dengan Dinasti Song), Dinasti Song hingga ke masa kemunculan kaum Hui, kebanyakan umat Islam yang datang ke China ialah peniaga Arab dan peniaga Parsi. Dalam tempoh itu, kedua-dua jenis tamadun masih tidak bercampuran. Walaupun peniaga tersebut hidup di China, tetapi mereka masih tidak boleh masuk ke dalam masyarakat utama. Sehubungan itu, sistem masjid masih belum dikenali oleh ramai rakyat China. Kesan pembinaan masjid pun tidak mendalam dalam tempoh itu terhadap rakyat China. Pendek kata, masjid di China pada masa itu dibina mengikut reka bentuk struktur masjid di Arab.
Masjid Huaisheng di Guangzhou juga dikenali sebagai Masjid Guangta (Masjid Menara Cahaya), yang dibangun sejak Dinasti Tang. Masjid Huaisheng mempunyai sebuah menara yang setinggi 36 meter berbentuk bulat berwarna kelabu dan kelihatan agak megah. Bangunan masjid ini ialah sebuah contoh bangunan yang bereka bentuk bangunan masjid Arab.
Masjid Huaisheng di Guangzhou telah dibina sejak Dinasti Tang |
Masjid Huaisheng di Guangzhou yang dikenali sebagai Masjid Guangta (Masjid Menara Cahaya) |
Masjid Shengyou pula dibina pada masa pemerintahan Dinasti Song di Provinsi Quanzhou |
Pada Dinasti Yuan, jumlah orang muslim bertambah kerana unsur peperangan. Oleh sebab itu, agama Islam berkembang dengan cepat. Keadaan ini mengeratkan hubungan antara kaum muslim dan bangsa Huaxia dan mendorongkan dua jenis tamadun berkomunikasi dan bercampur. Seterusnya, agama Islam yang berada di China mula dipengaruhi oleh kebudayaan China tetapi menurut peraturan agama Islam.
Pada Dinasti Ming, penduduk etnik Hui, iaitu salah satu kaum yang beragama islam di China. Dalam tempoh itu, reka bentuk masjid China sudah bermula berubah. Masjid Fenghuang, yang dibangunkan semula pada Dinasti Yuan. Dilihat dari luar, masjid ini sudah ada persamaan jika berbanding dengan bangunan traditional China, tetapi bentuk di dalam masih mematuhi peraturan reka bentuk Arab.
Pada Dinasti Ming dan Dinasti Qing, masjid di China sudah mempunyai keunikan sendiri, iaitu masjid yang dibina hasil gabungan seni bina klasik tradisional Cina. Pada masa itu, kebanyakan masjid dibuat dari kayu yang kuat. Masjid Raya Xi’an ialah contoh masjid yang dibina mengikut seni bina klasik tradisional Cina.
Masjid Raya Xi’an yang dibina mengikut seni bina tradisional Cina |
0 comments:
Catat Ulasan