Sesi pembentangan Sakurako Toyoda dalam Kolokium Pelajar KIKBM 2014 |
Perkataan “patriotisme” berasal daripada bahasa Inggeris. Dalam Kamus Melayu/Inggeris Dewan (2012: 1107), maksud yang perkataan ini dijelaskan seperti berikut ini: patriotisme ialah perasaan atau semangat cintakan tanah air yang mendalam; sebaliknya, patriot ialah orang yang mencintai negara sendiri dan berjuang untuk membela dan mempertahankannya daripada penjajahan, serangan musuh, ancaman.
Sakurako Toyoda |
Patriotisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam oleh rakyat terhadap tanah air atau negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka. Ia adalah perasaan yang tertanam dalam diri manusia untuk mencintai tanah air tempat beliau bertapak dan meneruskan kegiatan kehidupan. Patriotisme bukan hanya semangat. Sebaliknya, ia merupakan perkara yang melibatkan hal-hal seperti keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan.
Pembentukan Semangat Patriotisme
Semangat patriotisme tidak akan lahir begitu sahaja. Ini perlu dipupuk, dibentuk, dilatih, dan dilaksanakan |
Bagaimanakah melahirkan manusia yang memiliki semangat patriotik? Semangat patriotisme tidak akan lahir begitu sahaja. Ini perlu dipupuk, dibentuk, dilatih, dan dilaksanakan.
Apakah usaha untuk melahirkan patriotisme? Pada pendapat saya, mula-mula pemimpin negara harus perlu mencintai negara sendiri. Kerana, rakyat tidak mahu dan tidak boleh menyukai negara jika pemimpin mereka sendiri tidak mencintai negara sendiri. Oleh sebab itulah harus wujud pemimpin seperti yang difikirkan tadi jika mahu rakyat ikut. Rakyat pula harus berbangga dengan negara sendiri. Maka, perlu ada benda atau perkara yang boleh dibanggakan rakyat untuk mencintai negara sendiri. Ini, walaupun satu benda sahaja, juga baik. Contohnya, budaya, ekonomi, teknologi, iklim dan sebagainya.
Patriotisme dan Kesenian
Sakurako Toyoda menyertai acara Sambutan Hari Malaysia di UKM |
Bidang kesenian yang menceritakan tentang keindahan tanah air wajar diketengahkan sebagai simbol negara kerana daripadanya akan lahir kebanggan dan kecintaan terhadap negara. Salah satu daripada cabang kesenian yang boleh menimbulkan semangat patriotisme ialah lagu. Manusia suka kepada bunyi-bunyian dan lagu tidak boleh dipisahkan. Lagu menberi kesan kepada manusia dan boleh dijelaskan melalui terapi muzik.
Terapi boleh difahami sebagai segala apa yang dilakukan untuk tujuan memulihkan gangguan mental atau fizikal yang telah terganggu disebabkan oleh sesuatu. Terapi muzik boleh menjadi pengganti dalam rawatan moden. Ia juga merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk tujuan pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tahap mental dan fizikal.
Sesiapa pun boleh mendapat manfaat daripada pengenalan awal terapi muzik. Muzik digunakan untuk menenangkan mental dan saraf tubuh badan serta otot-otot. Seterusnya melakukan usaha pemulihan.
Terapi muzik boleh menambah baik kualiti kehidupan manusia kerana ia mengurangkan tahap tekanan kehidupan. Kesan terapi muzik pada jiwa. Muzik meresap ke dalam emosi. Situasi gembira, sedih dan bercelaru cepat bertindak balas terhadap muzik. Lagi pun, muzik membantu pemahaman dan membaiki kemahiran daya tumpu. Muzik adalah benda yang boleh menggerakkan hati manusia.
Sebenarnya kita mempunyai banyak lagu yang boleh dikelaskan sebagai lagu patriotik. Namun, agak malang kerana lagu-lagu begini tidak mendapat tempat di televisyen atau radio kerana dimonopoli oleh lagu-lagu pop semasa. Usaha menyemai dan menyiram rasa kecintaan kepada tanah air melalui lagu-lagu patriotik wajar dilakukan secara berterusan oleh pihak media. Barangkali usaha meletakkan lagu-lagu patriotik di tengah gelanggang sosial generasi muda lebih meninggalkan kesan yang lebih besar. Ini kerana lagu memang yang mudah melekat di jiwa.
0 comments:
Catat Ulasan