Rabu, September 25, 2013

Kafeteria di Malaysia dan Nagoya

Kafeteria Kolej Dato Onn, UKM


Penulisan ini adalah tentang kafeteria di Malaysia dan Nagoya, Aichi di Jepun. Saya tidak pernah pergi ke kafeteria seorang diri apabila saya ada di Jepun kerana saya boleh minum dan makan di rumah saya. Kemudian, saya tidak berminat untuk kafeteria. Saya perkenalkan makan di kafeteria selepas saya datang ke Malaysia. Saya ingat Orang Kampung saya, Nagoya juga suka minum kopi pagi. Jadi, saya ingin tulis tentang kafeteria dan perkenalkan budaya kafeteria unik di Nagoya.


Saya sedikit sedih apabila saya datang ke sini kerana kolej saya tidak ada dapur. Saya ingin masak, tetapi tidak boleh. Jadi, saya sering minum dan makan di kafeteria kolej saya. Saya sangat terkejut kerana kafeteria itu ada banyak menu. Contohnya minuman, kopi, milo, teh, jus dan ais parut. Kemudian, contohnya makanan, mi, roti, nasi dan kway teow. Orang Malaysia suka cakap tenang makanan, jadi mereka selalu tanya, “Sudah makan?” seperti “Apa khabar?”


Saya fikir kafeteria kolej saya bukan kafeteria di Jepun. Pertama, kafeteria di Jepun tidak ada banyak menu seperti di Malaysia dan ada roti sahaja. Orang Jepun kadang-kadang fikir makanan kafeteria tidak sedap kerana mereka mahu minum kopi di kafeteria. Kemudian, kafeteria di Jepun lebih kecil dari kafeteria di Malaysia. Saya fikir kafeteria di Malaysia seperti restoran. Saya jumpa banyak restoran dan kantin di Malaysia, tetapi orang Malaysia cakap restoran dan kantin itu ialah kafeteria. Kalau seseorang Jepun cakap mari pergi ke kafeteria, minum sahaja. Tetapi, orang Malaysia minum dan makan kalau mereka cakap mari pergi ke kafeteria. Saya baru-baru ini fikir restoran, kantin dan kafeteria semua sama  di Malaysia. Kedua, kafeteria di Malaysia dibuka dari awal pagi dan tutup lewat malam. Kafeteria di Jepun biasa dibuka daripada pukul 9 pagi dan tutup pada pukul 9 malam. Tetapi, banyak kafeteria di Malaysia dibuka sepanjang hari. Saya rasa kafeteria Malaysia mungkin selesa untuk orang yang bangun malam lewat.



Kafeteria di Nagoya
  
Saya perkenalkan budaya kafeteria unik di Nagoya. Nagoya ada banyak kafeteria kerana orang Nagoya mahu minum dan makan. Kafeteria biasa di Jepun dibuka pada pukul 8 atau 9 pagi. Tetapi, kafeteria di Nagoya dibuka pada pukul 7. Sebab, orang Nagoya mahu minum dan makan pagi di luar. Nagoya ada budaya “Morning Service.” Itu dalam bahasa Inggeris di Jepun. Pelanggan boleh minum dan makan percuma di kafeteria Nagoya biasa atau boleh makan istimewa. Kemudian, pelanggan boleh makan roti sahaja di kafeteria biasa, tetapi di kafeteria Nagoya boleh makan spaghetti dan nasi. Menu kafeteria Nagoya lebih banyak dari kafeteria lain. Nagoya ada pertandingan “Morning Service” yang mana makanan kafeteria baik dan unik. Orang Nagoya terlalu suka makanan itu, jadi kafeteria di Nagoya memberi pelanggan makanan selama masa panjang seperti pagi dan tengah hari. Saya tulis kenapa orang Nagoya suka ”Morning Service.” Nagoya ada banyak kilang. Pekerja di situ mesti bangun pagi awal, jadi kafeteria di Nagoya dibuka lebih awal dari tempat lain. Kemudian, kilang adalah bising. Jadi, rundingan kadang-kadang ada di kafeteria.


Saya sekarang tidak pernah pergi ke kafeteria di luar UKM banyak kali, jadi saya tidak tahu makanan sedap di Malaysia. Satu hari nanti, saya mahu beritahu kawan jepun saya yang mana makanan sedap dan kafeteria baik.


Hasil Penulisan:

Naoko Sugiura (Salmah)


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger