Nankichi Niimi |
Buku-buku penulisan Nankichi Niimi |
Saya memperkenalkan sebuah cerita yang bertajuk “Bohong” dan ditulis oleh Nankichi Niimi. Saya rasa cerita ini mencerminkan personalitinya yang baik. Senario cerita ini berlaku di sebuah sekolah rendah di Yanabe, Handa dan pantai Shinmaiko pada era Taisho (1912-26). Cerita ini bermula dengan watak Kyusuke. Satu hari, Kyusuke pergi ke sekolah selepas bercuti selama lima hari kerana selesema. Pencapaian pelajar lain adalah lebih baik daripadanya. Dia bercakap pada diri sendiri, "Sekolah ini bukan sekolah saya!" Sudah tentu, sekolah ini ialah sekolahnya. Kyusuke berjumpa seorang pelajar baru dan dia adalah pelajar pertukaran. Wajahnya sangat kacak. Nama dia Tarozaemon. Kyusuke ketawa kepadanya kerana nama Tarozaemon adalah nama yang klasik dan panjang, jadi rakan-rakan di kelas mereka memanggilnya “Taro” untuk memudahkan panggilan. Kyusuke boleh bercakap dengan Taro ketika pulang dari sekolah. Kyusuke gembira kerana dia boleh bercakap dengan Taro, tetapi Taro cakap kepadanya seperti seorang yang dewasa dan tiba-tiba memberitahunya bahawa abang Taro sudah meningal dunia. Kemudian, Kyusuke berasa takut dengan Taro. Selepas beberapa minggu, rakan-rakan di kelas mula bercakap tentang Taro suka berbohong kepada mereka. Mereka panggil Taro sebagai pembohong kerana mereka pernah tertipu. Dia sangat pandai cakap bohong, jadi Kyusuke tertipu dengan mudah. Taro cakap kepada beberapa pelajar lelaki di sekolah, “Kita boleh tengok seekor ikan paus di pantai Shinmaiko. Jom pergi!” Selepas kelas tamat, Kyusuke dan pelajar lelaki mengikut Taro ke Pantai Shinmaiko yang jauh dari sekolah mereka. Sewaktu mereka sampai di pantai Shinmaiko, mereka tidak dapat melihat seekor ikan paus pun di situ kerana Taro adalah seorang pembohong. Matahari hampir terbenam, jadi mereka tidak tahu jalan untuk pulang ke rumah pada malam itu. Kemudian, Taro tiba-tiba bercakap, “Saudara-mara saya tinggal dekat pantai Shinmaiko. Jom pergi ke sana!” Semua pelajar berfikir bahawa Taro akan bercakap bohong lagi, tetapi mereka terlalu letih dan mesti ikut Taro. Mereka kecuali Taro berbincang, ”Kita selalu tertipu, jadi mari fikir Taro cakap bohong kali ini”. Akhirnya, mereka boleh sampai di rumah saudara-mara Taro dan mereka dilindungi. Waktu ini, Kyusuke tahu pembohong boleh cakap betul sewaktu situasi yang amat buruk.
0 comments:
Catat Ulasan