 |
Naoko Sugiura (Salmah) bermain saron dalam persembahan ini.
|
Penulisan
ini adalah berkisar tentang bagaimana saya sertai kelab Gamelan UKM. Saya telah
pergi ke studio gamelan buat kali pertamanya pada hujung bulan Mac bersama
seorang kawan dari Jepun. Ketika itu, kelab tersebut mengadakan majlis perjumpaan
untuk ahli baru. Selepas itu, saya menonton video tentang bermain muzik gamelan.
Saya rasa asyik sewaktu saya dengar muzik itu. Jadi, saya fikir alat muzik itu
mungkin sesuai dengan saya. Kemudian, saya mula pergi ke kelab itu pada bulan
April.
Muzik gamelan terdiri daripada 3
alat muzik iaitu Bonang, Gambang dan Saron. Bonang dan saron diperbuat daripada
logam. Gambang diperbuat daripada kayu. Semua pengetuk alat muzik tersebut
diperbuat daripada kayu. Saya boleh bermain saron sahaja dan kadang-kadang cuba
bermain bonang serta gambang. Akan tetapi ianya sangat susah untuk saya kerana
saya mesti guna dua tangan untuk memegang dua batang kayu pemukul sewaktu
bermain bonang dan gambang. Sewaktu bermain saron, saya hanya menggunakan satu
tangan sahaja. Jadi, saya fikir saron sedikit senang. Saya sering mengikuti
aktiviti kelab Gamelan UKM sehingga saya boleh bermain saron mengikut rentak
lagu yang cepat.
Kelab Gamelan UKM mempunyai ramai
ahli, lebih kurang 50 orang. Jadi, ahli kelab dibahagi pada dua kumpulan dan latihan
dua kali seminggu. Saya bermain alat muzik selama satu jam tiga puluh minit
setiap hari. Saya bermain lagu, Ikan Kekek, Lenggang Kangkung, Tongkang Masuk,
Timang Burung dan lain-lain lagi. Saya sertai konsert mini, “Majilis Penutupan
Bengkel Kejurulatihan Muzik Gamelan” pada 3 Jun 2013. Saya bermain lagu, “Gambuh Nyanyi Medley”.
Lagu ini daripada lagu terkenal di Jepun, “上を向いて歩こう (Ue
wo muite arukou) dan lagu Sukiyaki dalam bahasa Inggeris”. Saya berasa
sangat gementar, tidak boleh bermain dengan baik dan sering kali tersalah. Saya gembira kerana saya boleh bermain dengan
kawan Melayu saya.
Saya pergi ke sekolah yang berhampiran UKM bersama cikgu kelab
Gamelan pada 6 Julai yang lepas. Dia
mengajar gamelan kepada pelajar di sekolah tersebut. Sekolah itu ada kira-kira 20 orang pelajar.
Mereka telah memilih alatan muzik yang mereka mahu. Sebelum bermain gamelan,
semua pelajar memperkenalkan diri sendiri. Kami duduk dalam bulatan dengan gaya
berbeza dan beritahu nama masing-masing. Kami sangat seronok dan boleh
berbaik-baik. Selepas itu, setiap alat muzik dibahagi kepada pelajar dan kami
buat latihan lagu “Anak Kampung”. Saya fikir lagu ini terkenal, tetapi hampir
semua pelajar tidak boleh nyanyi lagu ini. Pelajar di sekolah memberi fokus ketika
bermain saron. Cikgu gamelan kadang-kadang nyanyi lagu itu dan cakap jenaka.
Cikgu juga mengubah parodi tentang kampung saya di Jepun. Selepas latihan,
semua pelajar bermain alat muzik bersama-sama dengan kami. Pada 7 Julai, “Majilis Penutup PKSMUKM 2013”
untuk menunjukkan keputusan pelajar itu di Dectar. Saya melihat mereka bermain
gamelan bermula daripada latihan, raptai dan persembahan akhir. Saya sangat seronok pada hari itu kerana boleh
mendengar bunyi-bunyian yang merdu. Saya sedikit terkejut, mereka sangat pandai
kerana mereka boleh bermain satu lagu selama dua hari sahaja.
Sekarang latihan tidak ada kerana
Semester ke-2 telah habis. Saya rindu bermain gamelan walaupun saya tidak boleh
bermain dengan baik.
Naoko telah menyertai acara ini "Majilis Penutupan
Bengkel Kejurulatihan Muzik
Gamelan" dan bermain alat muzik saron.
Naoko Sugiura (Salmah)
Tahap 3
1 comments:
sy dr umk.......kelab gamelan umk baru shj ditubhkan tahun lepas....kami sgt mentah lagi dlm sume aspek....so, boleh x sy nk tau bile ukm akan adakan konsert, bengkel or berkaitan gamelan?...rasanya nak join sekali...peluang utk bejalar jgn dilepaskan...
Catat Ulasan