Isnin, Julai 15, 2013

Filem Kaijū



Filem Kaijū ialah sejenis filem tentang raksasa yang memusnahkan bandar raya dan manusia. Genre filem ini selalu menggunakan kesan khas yang canggih, namun sejarah genre ini hampir setua dengan sejarah filem. Pada waktu 1930-an, pengarah telah menggunakan “animasi gerak henti” untuk menakutkan penonton dengan dinosaur dan gorila. Filem yang terkenal dari masa itu bernama King Kong (1933). Seperti kebanyakan filem-filem pada masa itu, sebahagian besar genre filem ini diterbitkan oleh studio filem di Hollywood. Walaupun studio Amerika meneruskan penerbitan filem tentang raksasa besar (contohnya Them!, Attack of the 50 Foot Woman dan Jaws), tetapi genre filem ini mencapai kemuncaknya di Jepun.


“Kaijū” ialah perkataan daripada bahasa Jepun dan mengandungi dua tulisan: (kai, pelik) dan (, makhluk). Filem Kaijū yang paling penting ialah Gojira (1954). Walaupun sebelum Perang Dunia Kedua ada beberapa tiruan King Kong yang diterbitkan oleh studio filem Jepun, Gojira merevolusikan filem Kaijū. Dalam filem itu, percubaan ujian nuklear telah membangunkan seekor dinosaur kuno dari bawah laut. Raksasa itu dikenali sebagai Gojira oleh penduduk pulau dekat tempat ujian nuklear itu dan seterusnya memusnahkan bandar Tokyo. Akhirnya seorang ahli sains telah membunuh Gojira dengan menggunakan senjata ciptaannya yang lebih dahsyat daripada bom nuklear.


Gojira (1954)

Filem Gojira sangat popular apabilia dikeluarkan di Jepun. Pengarah Gojira tidak menggunakan animasi gerak henti, sebaliknya dia membuat kostum dinosaur untuk seorang pelakon yang berbadan besar dan kuat. Itu memberikan inspirasi bagi banyak siri filem-filem dan rancangan televisyen. Dari 1950-an hingga 1970-an, pelakon memakai kostum getah yang besar dan hebat untuk beraksi  pada model bandar raya, bagi siri Gojira, Gamera, dan Ultraman. Pergerakan mereka janggal, dibesar-besarkan dan akhirnya, genre filem itu menghilangkan kegelisahan terdahulu.


Gojira beraksi  pada model bandar raya

Sewaktu saya kecil, saya sangat suka filem dari masa itu. Cerita sederhana dan raksasa hebat. Saya masih suka filem Kaijū yang bodoh, tetapi sekarang saya lebih menghargai pesanan filem raksasa asalnya. Dalam filem itu, penampilan raksasa hanya sebahagian daripada apa yang menjadikan ia menakutkan. Raksasa juga mewakili ketakutan yang lebih dalam jiwa masyarakat. Misalnya, dalam filem asal Gojira bukan hanya dinosaur dari bawah laut. Ia juga mewakili ingatan perang lalu dan ketakutan perang masa depan. Pengarah Gojira menggunakan bunyi bom yang dicatatkan pada Perang Dunia Kedua sebagai jejak langkah Gojira. Tokyo terbakar dalam filem 1954 sama seperti waktu Tokyo terbakar pada 1945. Dan filem itu dikeluarkan dalam masa beberapa bulan dari kejadian Lucky Dragon No. 5, yang memaparkan sebuah bot nelayan Jepun yang telah diradiasi oleh percubaan ujian nuklear Amerika. Pada 1950-an berpuluh-puluh filem tentang raksasa nuklear telah dikeluarkan di seluruh dunia. Ini mencerminkan ketakutan senjata teruk itu.


Baru-baru ini filem Kaijū tidak popular seperti dahulu, tetapi raksasa kita masih mewakili ketakutan masyarakat. Serangan raksasa di dalam filem Cloverfield (2008, Amerika) menyerupai serangan pengganas, dan raksasa di filem The Host (2006, Korea Selatan) mencerminkan semua masalah bandar yang tidak boleh diselesaikan oleh kerajaan. Pacific Rim (2013, Amerika) menyampaikan pencerobohan raksasa sebagai hasil pencemaran. Apa imej raksasa yang akan diberitahu kepada generasi akan datang tentang kita?


Cloverfield (2008, Amerika)

The Host (2006, Korea Selatan)

Pacific Rim (2013, Amerika)

Clay Eaton
Tahap 3


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger