Cromwell adalah sangat kecil, jadi Cromwell tidak makan lalat dan kupu-kupu. Kami tidak boleh beri makanan haiwan untuk Cromwell. Oleh itu, Cromwell mati kerana lapar. Cromwell tinggal di rumah kami selama dua bulan sahaja. Kami sedih dan tanam Cromwell dalam kubur.
Mario tinggal di rumah kami selama tiga tahun. Mario boleh menukar warna kulit dari hijau kepada koko. Saya akan menatap Mario selepas saya beri Mario makan makanan haiwan. Mario akan lompat ke dalam makanan haiwan untuk makan. Mario boleh lompat tiga puluh sentimeter. Mario membuat suara “wron wron” pada musim bunga kerana Mario ialah katak jantan. Mario juga kadang-kadang membuat suara “wron wron” pada musim hujan. Kami suka suara Mario, jadi kami gembira apabila kami dengar suara Mario. Mario akan berhibernasi pada musim sejuk, jadi kami tidak beri makanan haiwan untuk Mario pada musim sejuk.
Satu hari, Mario lompat keluar dari sangkar waktu saya bersihkan sangkar di taman kami. Mario hilang. Saya tidak pernah lihat Mario selepas Mario hilang, tetapi saya boleh dengar suara “wron wron” Mario di taman kami pada setiap kali musim bunga.
0 comments:
Catat Ulasan