Pada 22 March 2013 yang lalu, di Universiti Kanazawa ada majlis konvokesyen. Senior saya akan tamat belajar dari Universiti Kanazawa, Jepun. Saya mahu menyertai majlis itu, tetapi sekarang saya tinggal di Malaysia dan sangat jauh untuk ke sana.
 |
Universiti Kanazawa |
Di Jepun, bila majlis konvokesyen, kami, pelajar lelaki akan pakai sut. Sesetengah pelajar wanita akan pakai ‘Kimono’, baju tradisional Jepun. Sangat berbeza dari Malaysia. Mereka akan mula kerja dari bulan 4. Saya tidak mahu kerja selepas graduasi kerana jika saya mula kerja, saya mesti bangun awal pagi tiap-tiap hari. Tetapi saya tahu, saya mesti kerja!
Di Jepun, saya tinggal di Kanazawa. Kanazawa ialah ibu negeri Ishikawa. Tempat yang tidak terkenal. Di Kanazawa, ada lebih kurang 40,0000 orang. Kanazawa ialah kota kecil berbanding Tokyo, Osaka, Nagoya dan lain-lain. Jika saya naik kereta api ekspres, dari Kanazawa ke Osaka tempohnya adalah 2 jam. Dari Kanazawa ke kampung saya, tempohnya 3 jam 30 minit. Jika saya tidak naik kereta api tetapi naik kereta, tempohnya 5 atau 6 jam. Saya selalu naik bas untuk balik ke kampung saya dari Kanazawa. Bas itu bertolak pada pukul 11 malam dari Kanazawa dan sampai ke kampung saya pada pukul 6 pagi. Tambang bas adalah RM200. Sangat mahal tetapi jika saya naik kereta api ekspres harganya lebih mahal, iaitu RM300. Di Malaysia, bila saya naik bas dari KL ke Singapura tambangnya RM50 sahaja. Saya suka Malaysia kerana tambang untuk ke mana-mana adalah murah.
 |
Bandar Kanazawa |
Di Kanazawa, budaya Jepun sangat terkenal. Kanazawa ada taman Jepun. Nama taman itu ‘Kenrokuen’. Orang Jepun suka taman, jadi hari-hari ada pelawat yang ramai. Orang China juga datang ke sana. Di Kanazawa ada banyak salji pada musim sejuk. Saya tak suka salji kerana bila salji untuk pergi ke sekolah saya sangat susah. Bila salji, saya tidak boleh kayuh basikal, jadi saya mesti jalan kaki atau naik bas. Kawan Melayu saya suka salji tapi saya tidak boleh faham kenapa.
 |
Taman Kenrokuen |
 |
Gambaran lokasi Taman Kenrokuen |
Malam ini kawan Jepun saya kirim e-mail kepada saya. Dia tulis di Jepun baru-baru ini semakin panas, jadi 'cherry blossom' sudah berkembang. Orang Jepun panggil itu “Sakura”dan sangat cantik. Warna itu ialah merah jambu. Mungkin di Malaysia Sakura tiada. Setiap tahun Sakura berkembang pada musim bunga, terutamanya pada bulan 4.
 |
Bunga Sakura sebagai simbol permulaan |
Di Jepun, pada bulan 4 kami ada majilis kemasukan untuk ke sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Pelatih juga mula kerja pada bulan 4. Jadi “Sakura” adalah simbol permulaan. Pada hujung minggu, orang Jepun pergi ke taman yang ada bunga “Sakura” untuk tengok bunga itu dengan keluarga, kawan atau kawan sekerja. Kami duduk bawah pokok itu dan tengok “Sakura” bersama-sama dan cakap-cakap kosong. Kadang-kadang kami minum minuman beralkohol. Saya suka tengok “Sakura”. Tahun ini saya tak boleh tengok “Sakura”. Saya sedih.
 |
orang Jepun pergi ke taman yang ada bunga “Sakura” untuk tengok bunga itu dengan keluarga, kawan atau kawan sekerja |
Jota Kijima
Tahap 1
0 comments:
Catat Ulasan