Jumaat, Mei 17, 2013

Hobi Saya

Naoko Sugiura (pemain pertama dari kiri) bermain rekoder pada tahun 2004


Hobi saya bermain rekoder. Saya boleh bermain rekoder panjang (lebih kurang dua meter) dan pendek (lebih kurang sepuluh sentimeter). Saya bermain rekoder sejak usia tujuh tahun. Guru saya boleh bermain rekoder dengan bunyi yang sangat bagus. Jadi, cita-cita saya adalah untuk menjadi pemain rekoder sewaktu saya kecil. Sekarang saya ada cita-cita yang berbeza tetapi ingatan tentang cita-cita lama saya adalah baik. 

Saya ada rekoder yang dibuat daripada kayu. Satu rekoder daripada kayu berharga RM 1000. Saya fikir itu mahal, tetapi bunyi daripada rekoder kayu sangat bagus. Jadi, itu sangat memuaskan saya. Saya beli rekoder itu sewaktu saya pelajar di sekolah tinggi. Rekoder itu penting kepada saya.

Saya telah pergi ke rumah guru saya saban bulan sejak saya berusia tujuh tahun tetapi saya tidak boleh pergi ke rumah beliau apabila saya belajar di Universiti Mie, Jepun. Jarak universiti itu ialah dua jam untuk sehala sahaja. Saya tidak ada masa yang saya boleh pergi ke rumah guru saya. Jadi, saya tidak pergi belajar rekoder selama empat tahun. Saya kadang-kadang bermain rekoder seorang diri, tetapi itu tidak seronok untuk saya. Sekarang saya fikir saya tidak boleh bermain rekoder dengan bunyi yang bagus. Jadi saya sedih. Saya mahu belajar lagi. 

Lagu kegemaran saya ialah lagu Jepun, iaitu “Kakurenbo”. Saya akan main lagu ini lapan jam sehari sebelum konsert rekoder saya. Saya boleh main lagu ini dengan bunyi yang paling sedap sepanjang saya bermain rekoder selama 15 tahun.

Saya juga bermain lagu Eropah klasik. Pemain profesional rekoder kegemaran saya ialah Michala Petri. Dia berasal dari Denmark. Dia boleh bermain semua jenis lagu yang cepat dan panjang. Dia seolah-olah tak tahu letih. Jika ada masa, sila dengar persembahan dia. Saya sangat suka lagu “Gleen Sleeves To A Groug Treble Recorder, Continuo”. Saya juga bermain lagu ini tetapi lagu ini terlalu susah untuk saya. 



Pemain profesional rekoder kegemaran saya ialah Michala Petri.


Naoko Sugiura (Salmah)
Tahap 1


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger