Sabtu, Januari 12, 2013

Suku Kaum Han di China

Zhu Xueping (Salina) membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Lima suku kaum di China"

Suku Kaum Han

Suku kaum Han adalah penduduk yang paling ramai di China. Sejarah bangsa itu sangat panjang dan tidak pernah diganggu pada masa ini. Pada tahun 2006, jumlah penduduk Han adalah lebih kurang 12 juta orang iaitu kira-kira 94 daripada jumlah penduduk dan berselerak di seluruh kawasan China.
 
Suku Kaum Han
 
Sejarah

Panggilan “Orang Han” bermakna orang daripada Dinasti Han. Panggilan ini terus berkembang menjadi panggilan orang China ketika di akhir Dinasti Beiwei.  Kemudian, bilangan “Orang Han” semakin meningkat. Banyak kumpulan selepas integrasi berpadu, dan menyertai barisan suku kaum Han dalam tempoh yang lama. Akhirnya, “Orang Han” dipanggil suku kaum Han pada zaman Republik China.  Kini, suku kaum Han menjadi suku kaum utama di China.

Kebudayaan 
 
Jiaguwen
 
Perkataan Han berasal daripada aksara lazim purba dan berkembang dari Jiaguwen ketika Dinasti Shang dan aksara Dinasti Zhou sejak lebih 4,000 tahun yang lalu. Bahasa Han dikenali sebagai bahasa Mandarin, adalah yang tertua dan salah satu yang paling kaya di dunia.  Bahasa Mandarin terbahagi kepada tujuh dialek, iaitu bahasa Utara, Wu, Xiang, Gan, Hakka, Fujian dan Guangdong. Kini, bahasa Mandarin ialah bahasa rasmi di China berdasarkan suara Beijing.

Pada zaman kuno, Han telah mencipta budaya yang indah dan mempunyai pelbagai kesenian dengan ciri-ciri yang berbeza. Dalam bidang hasil tulisan, adalah “ZHOUYI”, “SHIJING”, “CHUNQIU”, “XIYOUJI”, “YONGLEDADIAN” dan lain-lain.  

Buku Yongledadian

Agama

RUJIAO (Confucianisme) adalah daripada salah satu agama terawal orang-orang Han. RUJIAO diasaskan oleh KONGZI (Confucius) pada zaman hujung Chunqiu ketika perubahan sosial.  Orang-orang Han juga percaya dalam DAOJIAO (Taoisme) yang diasaskan ketika penghujung Dinasti Donghan. 

Perayaan Tradisional

Suku kaum Han mempunyai sejarah yang panjang, diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya dan secara beransur-ansur membentuk satu sistem yang lengkap serta perayaan tradisional bagi bangsa tersebut. Perayaan utama dalam setahun adalah Tahun Baru, perayaan Yuanxiao, perayaan Qingming, perayaan Perahu Naga, perayaan Zhongyuan, perayaan Perempuan, perayaan Tanglung, perayaan Chongyang , perayaan Chuxi dan lain-lain.
 
Makanan

Makanan utama suku kaum Han adalah pelbagai daging haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijirin terutamanya produk soya. Makanan berasaskan beras terdiri daripada bubur, mi beras, kek beras, bola nasi, ladu dan pelbagai makanan; makanan daripada gandum pula termasuk mi gandum, pau, kek goreng, lempeng dan makanan lain-lain. Masakan Han sangat kaya ada lapan jenis masakan seperti masakan serantau Sichuan, Guangdong, Hokian, Abhui, Shangdong, Hunan, Zhengjiang dan Jiangsu.  Arak dan teh dikenali sebagai minuman utama suku kaum Han.

Pau

Perkahwinan Tradisional

Semasa masyarakat feudal, perkahwinan muda-mudi diuruskan segalanya oleh ibu bapa.  Kebanyakan muda-mudi ditunangkan ketika mereka masih kecil atau sebelum lahir.  Lelaki dan perempuan tidak boleh berjumpa sebelum berkahwin.  Sebelum perkahwinan, pasti ada seorang perempuan membantu merapatkan mereka, kemudian barulah perkahwinan itu boleh diadakan.  Perempuan itu dipanggil “Meipo” (telangkai). Kini, sebab fikiran masyarakat sudah berubah, lelaki dan perempuan boleh bercinta dan berkahwin dengan bebas, iaitu lebih mengikut budaya dari barat.

Perkahwinan Tradisional Suku Kaum Han

Perkahwinan suku kaum Han semasa masyarakat lama mempunyai satu set ucapan dan enam peraturan: Pertama, Nancai (ibu bapa lelaki menghantar telangkai untuk berjumpa dengan ibu bapa perempuan); Kedua, Wenning (Meipo akan mendapatkan maklumat seperti nama, umur dan kedudukan ibunya); Ketiga, Nanji (proses menilik nasib); Keempat, Nanzheng (keluarga lelaki menghantar mas kahwin kepada keluarga perempuan); Kelima, Qingqi (memilih tarikh perkahwinan selepas menilik tarikh yang sesuai); Keenam, Qinying (pengantin lelaki mengahwini pengantin perempuan).

Perkahwinan menpunyai banyak etika, seperti pengantin lelaki pasti mengahwini pengantin perempuan sendiri untuk menunjukkan lelaki memandang tinggi pada perempuan; pengantin perempuan pasti duduk di dalam tandu dan diangkat oleh empat atau lapan orang lelaki; pengantin perempuan pasti menangis sebelum perkahwinan untuk menunjukkan keberatan hendak berpisah dengan ibu bapa, (juga bermaksud lian yang difahami masyarakat adalah pengantin itu tidak berpuas hati dengan perkahwinan yang diuruskan segalanya oleh keluarga); pengantin perempuan pasti ditutup mukanya dengan kain merah (maksudnya untuk menunjukkan kecantikan dan kemaluan perempuan). Sebenarnya perkahwinan tidak boleh berjalan lancar kerana ada banyak peperangan semasa zaman kuno.  Apabila Pengantin perempuan sampai ke rumah lelaki, kedua-duanya akan menggunting sedikit rambut mereka untuk dikumpulkan bersama (maksudnya kedua-dua akan bercinta selama-lamanya); kedua-dua pengantin perlu minum arak bersama.

Yingqi

Zhu Xueping (Salina) 
Tahap 5
 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger