 |
Liao Liling (Haslin) membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Bangunan bersejarah di China" |
Taman Yihe dikenali sebagai “Istana Musim Panas” dalam bahasa Melayu dan juga disebut “Summer Palace” dalam bahasa Inggeris merupakan taman diraja yang paling luas dan dipelihara paling utuh di China pada masa ini. Ia telah memusatkan keunggulan seni bina taman pelbagai dinasti China dan menempati kedudukan penting dalan sejarah seni bina taman China dan luar negara. Pada tahun 1998, Istana Musim Panas telah disenaraikan sebagai warisan dunia.
 |
Istana Musim Panas |
Taman Yihe terletak di sebelah barat laut dan sejauh kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Beijing. Pada lebih 700 tahun yang lalu semasa taman itu belum dibina, tempat itu telah menjadi destinasi pelancongan kerana pemandangan alamnya yang indah. Skop Taman Yihe besar iaitu keluasannya kira-kira 300 hektar. Taman itu terdiri daripada Bukit Wanshou, Tasik Kunming, kawasan istana dan dewan. Keluasan Tasik Kunming meliputi 3/4 daripada seluruh taman itu. Terdapat lebih 3000 buah bangunan dalam taman itu seperti dewan, bangunan istana, koridor panjang dan lain-lain.
 |
Gambaran Keseluruhan Taman Yihe |
Taman ini mula dibina pada tahun 1749, iaitu semasa pemerintahan Dinasti Qing. Bagi meraikan ulang tahun keputeraan permaisuri, Maharaja Qianlong dalam Dinasti Qing bertitah untuk membina satu taman diraja yang besar. Tanah yang digali untuk membina Tasik ditimbun menjadi bukit. Tasik itu dinamakan Tasik Kunming dan bukit itu dinamakan Bukit Wanshou yang bermaksud panjang umur. Selepas pembinaan selama 10 tahun, taman diraja yang indah itu telah selesai dibina dan nama taman tersebut pada masa itu ialah Taman Qingyi. Pada abad ke-19, Taman Qingyi telah dua kali dimusnahkan oleh tentera penceroboh negara asing. Setelah dua kali pemusnahan, taman ini dibina semula oleh kerajaan Dinasti Qing dan dinamakan sebagai Taman Yihe.
 |
Istana Musim Panas di Bina di Bukit Wanshou dan Mengadap Tasik Kunming |
Taman Yihe menggabungkan keunggulan pelbagai jenis taman klasik zaman purba China. Taman Yihe yang terdiri daripada Tasik Kunming dan Bukit Wanshou bukan sahaja memperlihatkan kemegahan pemandangan alam di bahagian utara China, tetapi juga menunjukkan keindahan taman swasta di bahagian selatan China.
Seni bina bangunan Taman Yihe mempunyai cirinya yang tersendiri, iaitu ruang tamu terletak di depan dan bilik tidur di belakang. Setelah melalui ruang depan dan ruang tetamu, pelawat akan sampai ke taman di belakang. Taman belakang itu kecil dan terdapat kolam yang reka bentuknya sangant harmoni. Terdapat jambatan yang terdiri daripada pelbagai bentuk di atas kolam dan ada juga beberapa punjung di sekitar kolam tersebut. Jambatannya rendah serta punjungnya kecil dan kesemua ini menjadikan permukaan air di kolam kelihatan luas.
 |
Seni Bina Jambatan dan Taman Kecil |
Ketika melawat taman itu, pelawat dapat menikmati keindahan bunga-bunga dan mendengar muzik yang merdu. Para arkitek berusaha menghiasi taman Yihe dengan pemandangan indah. Pembinan taman Yihe adalah lambang keharmonian manusia dengan alam. Jika bersiar-siar di taman Yihe, kita dapat merasakan seolah-olah kita sedang menikmati satu lukisan pemandangan gunung dan sungai yang indah, kerana di sana terdapat bukit buatan, bunga-bunga mekar dan pokok-pokok yang menghijau, kolam, jambatan dan lain-lain seperti yang digambarkan dalam sajak.
Bangunan utama di Taman Yihe dibina menurut garis tengah di tepi Tasik Kunming dari kaki Bukit Wanshou ke puncaknya. Antaranya terdapat gerbang, dewan dan bangunan istana, bangunan kuil agama Zhihuihai juga dibina di puncak bukit. Foxiangge yang dibina di tengah lereng bukit Wanshou merupakan bangunan yang paling terkenal di taman itu.
 |
Menara Buddha (Foxiangge) |
Tambak Xidi yang panjang di sebelah barat Tasik Kunming dibina berdasarkan reka bentuk Tambak Sudi di Bandar Hangzhou yang terkenal. Enam buah jambatan yang bentuknya berlainan dibina di sepanjang Tambak Xidi dan ia menjadi jambatan batu yang paling besar. Jambatan itu sepanjang 150 meter dan selebar 8 meter. Paling menarik ialah sempurna di kedua-dua belah jambatan batu itu terukir lebih 500 ekor singa batu yang berbeza-beza bentuknya.
 |
Jambatan Batu yang Berukir Singa Batu |
Koridor Panjang di Taman Yihe telah menperlihatkan seni dan teknologi pembinaan taman tradisional zaman purba China. Koridor itu dibina menyusuri tebing Tasik Kunming sepanjang lebih 700 meter dan ia adalah koridor yang dilukis dengan lukisan tradisional China. Antara lebih 14 ribu buah lukisan tersebut, tiada lukisan yang sama. Di hujung barat Koridor Panjang terdapat sebuah kapal batu marmar yang dinamakan Shifang di tebing Tasik Kunming. Kapal batu marmar itu sepanjang 36 meter dan bertingkat dua. Ia merupakan satu-satunya bangunan berbentuk seni bina barat di taman itu. Baoyunge yang dibina di lereng bukit Wanshou merupakan sebuah koridor setinggi 8 meter dan seberat 207 tan dan dibina menggunakan tembaga.
 |
Lukisan hiasan di Koridor Panjang |
Taman Yihe telah menunjukkan keharmonian yang menggabungkan penciptaan pembinaan manusia dengan pemandangan alam semula jadi. Ia bukan sahaja telah memperlihatkan kuasa maharaja yang maha tinggi, tetapi juga mengekspresikan kebudayaan bangsa China. Maka Jawatankuasa Warisan Dunia melahirkan penilaian bahawa Taman Yihe merupakan taman yang paling unggul antara taman-taman di China.
Liao Liling (Haslin)
Tahap 5
0 comments:
Catat Ulasan