Kunjungan Wakil ATMA ke Universiti Setsunan, Osaka
Dr. Mohd Faizal Musa, Felo Penyelidik di ATMA telah berangkat ke Osaka pada 28 Mac hingga 5 April 2012 yang lalu dan telah melawat ke Universiti Setsunan, Osaka sebagai kunjungan balas daripada ATMA. Universiti Setsunan kerap menghantar pelajar-pelajar Program Bahasa Indonesia dan Malaysia ke ATMA untuk memberi pendedahan bahasa dan kebudayaan Melayu di Malaysia kepada para pelajar mereka. Jutaan terima kasih kami ucapkan di atas kesetiaan mereka bersama program KIKBM kami dan kami akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik di sini.
 |
Berdiri: Saudari Minami Nakaue, Prof Masao Yamaguchi, Prof Takao Urano, Prof Kaori Iwama dan Saudara Akio Ishida Duduk Hadapan: Saudara Tsubasa Yoshida, Dr Toru Ueda dan Dr Mohd Faizal Musa |
Kunjungan Wakil Universiti Bahasa Asing Tokyo (TUFS) ke ATMA
Prof Madya Dr. Soda Naoki, Pensyarah di Universiti Bahasa Asing Tokyo (TUFS) telah mengunjungi ATMA, UKM
pada 6 Mac 2012 yang lalu. TUFS juga kerap menghantar pelajar-pelajar Program Bahasa
Melayu ke ATMA untuk memberi pendedahan bahasa dan
kebudayaan Melayu di Malaysia kepada para pelajar mereka. Jutaan terima
kasih kami ucapkan di atas kesetiaan mereka bersama program KIKBM kami
dan kami akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik di sini.
 |
Dari Kiri: Prof. Dr. Abdul Latif Hj. Samian, Prof Dr. Ding Choo Ming dan Prof Madya Dr. Soda Naoki |
 |
Dari Kiri: Cikgu Mali, Prof. Dr. Ding Choo Ming, Prof Madya Dr. Soda Naoki, Tomoko Egashira dan Nor Hana Misuzu di
Bangi Golf Resort, Bandar Baru bangi |
 |
Norhayati Mohamed, Yota Tamura, Cikgu Mali dan Nor Hana Misuzu di Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 di PICC, Putrajaya |
0 comments:
Catat Ulasan