Nama saya Halil Ibrahim dari Turki dan saya mahu berkongsi lagu kegemaran saya dengan pembaca di Diari KIKBM. Lagu ini diambil daripada filem Turki yang bertajuk "Kurtlar Vadisi Pusu". Saya akan menterjemahkan lagu ini ke dalam bahasa Melayu.
Ini adalah satu filem tentang peristiwa mafia. Secara ringkas; pada permulaan, ketua daripada suatu kumpulan yang tersembunyi (seperti CIA di Amerika) mendidik Ali untuk menjadi seorang yang hebat. Pada satu ketika, dalam berita mereka menunjukkan bahawa Ali telah meninggal kerana kemalangan. Kemudian ketua itu menghantar Ali ke hospital untuk menukar muka dia dan semua maklumat yang Ali punya. Lalu Ali menjadi seorang lain, namanya Polat dan mukanya sangat berbeza. Pada waktu itu, disebabkan tugasannya, Polat (Ali) selalunya bersama dengan kekasihnya, Elif. Namun, Elif tidak menyedari bahawa Ali masih hidup. Selepas beberapa masa, Elif terjumpa satu kemalangan dan dia meninggal. Elif tidak pernah cinta kepada seorang lain. Ali juga tidak pernah menyebut dirinya walaupun perkara itu sangat menggundah-gelana dalam hatinya. Dalam bahagian ini, Polat datang ke hospital dengan naik helikopter untuk menziarahi Elif, tetapi sepasukan polis datang juga ke hospital tersebut. Untuk masa yang singkat sahaja Polat datang kepada Elif...
Terjemahan Lagu
DARIPADA TUHAN, AKU TELAH BANYAK BERHARAP. ALANGKAH AMANNYA.. HARAPAN SEPERTI INI
Tanrı`dan Diledim Bu Kadar Dilek. Aman, Aman. Bu Kadar Dilek;
TIADA BAGIKU UNTUK MENYANDARKAN KEPALAKU DI ATAS LUTUTMU. ALANGKAH AMANNYA. SANDARAN KEPALAKU DI ATAS LUTUTMU...
Bana Kısmet Değil Dizinde Yatmak. Aman, Aman. Dizinde Yatmak...
DENGAN SANDARNYA KEPALAKU DI ATAS LUTUTMU, MENATAPI KEPADA WAJAHMU. ALANGKAH AMANNYA. MENATAPI KEPADA WAJAHMU...
Dizinde Yatıp da Yüzüne Bakmak. Aman Aman.. Yüzüne Bakmak...
DEKATILAH AKU! ALANGKAH AMANNYA..
Gel Aman Aman Yanıma
JANGAN ABAIKAN JIWAKU YANG MERATAPI
Kıyma Bu Yazık Canıma
ADALAH SATU ALIS DAN MATA HITAMMU
Bir Kara Kaşın Bir Kara Gözün
LEBIH NILAINYA DARIPADA HARTA DUNIA
Değer Dünya Malına
Selamat berhibur.
Halil Ibrahim
Juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu
Piala Perdana Menteri 2011
0 comments:
Catat Ulasan