Khamis, Februari 09, 2012

Penyediaan Diri Saya

Penyediaan diri saya

Terlebih dahulu, jam loceng membangunkan saya.  Namun, biasanya saya tidak sedar ketika bunyi jam loceng yang pertama.  Pada waktu bunyi kedua atau ketiga, baru saya bangun.  Saya harus bangun dari katil secepat mungkin kerana kalau saya masih ada di sana, saya pasti tertidur lagi.  Selalunya saya tidak ada masa yang cukup untuk menyediakan diri saya kerana tidur yang lama.  Jadi, saya lintang-pukang hampir setiap hari.

Mula-mula, saya minum secawan air.  Keduanya, saya tukar baju sambil melayari internet.  Jika masa tidak cukup, saya tidak melayari internet.  Sesudah itu, saya tengok emel.  Pada waktu pagi, saya memeriksa emel sahaja.  Jika saya mahu makan atau minum sesuatu di bilik saya, saya masak air menggunakan cerek.  Biasanya makanan yang ada di bilik saya ialah mee cawan sahaja.  Jadi, saya masuk air panas di dalam cawan itu dan tunggu sambil menyediakan perkara lain terutamanya pada waktu pemeriksaan emel.

Kemudian, saya sikat rambut dan kadang-kadang pula saya ikat rambut saya.  Selepas itu saya pakai krim ‘sunscreen’.  Sesudahnya saya cuci tangan dan pakai kanta lekap.

Akhirnya, saya bersolek beberapa minit.  Saya selalu berharap, saya boleh ada masa yang cukup untuk menyediakan diri saya sebelum bersolek.  Saya juga akan mengemas beg, melipat selimut dan lain-lain.  Selepas semua siap, saya mengambil kunci dan keluar pergi ke kelas. 



Chihiro Meahara (Roziah)
Tahap 3
Bahasa Proses

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger