Kazuki Kirimoto sedang membuat roti jala |
Seterusnya, saya bercerita tentang Malaysia. Saya tidak selalu pergi ke luar negara. Jadi saya selalu khuatir tentang makanan, tatacara berkomunikasi dan iklim di sesebuah negara. Saya khuatir akan semua perkara tersebut tetapi makanan di Malaysia sedap. Ada banyak pilihan. Contohnya, makanan Melayu, Cina, India, Thai dan sebagainya. Saya gembira ada banyak makanan yang sedap. Mula-mula tidak cakap bahasa Melayu, tetapi semua menyambut saya. Jadi saya terkejut tentang hal ini. Pada pendapat saya orang Jepun lebih pemalu daripada orang Melayu. Saya menghormat sifat orang Melayu.
Saya suka iklim di sini. Saya fikir iklim di Malayisia lebih bagus daripada iklim di Jepun. Iklim musim panas di Jepun panas sangat tetapi iklim di Malaysia selesa. Lagi satu, ada banyak jenis serangga. Jadi, iklim ini bagus untuk serangga dan saya.
Akhir sekali, saya fikir saya tidak mahu balik ke Jepun. Sekarang sudah tinggal di Malaysia 4 bulan. Oleh itu, saya mahu menikmati kehidupan di Malaysia sampai Ogos tahun ini.
Dari kiri: Jun Yinn Lee, Atsumi Shibata, Ha Sang Seok, Kazuki Kirimoto dan Mina ketika Program Homestay di Melaka pada 22-24 Oktober 2010 |
0 comments:
Catat Ulasan