 |
Malaysia |
Saya menulis tentang Malaysia yang saya tahu. Saya datang ke Malaysia baru dua kali kerana itu saya tahu tentang Malaysia sedikit sahaja.
 |
Kuala Lumpur |
Mula-mula saya perkenalkan tempat yang terkenal di Malaysia. Pertama ialah Kuala Lumpur (KL). KL ialah ibu negara. Ada banyak bangunan tinggi, pelancongan dan benda-benda lain. Tempat yang baik di KL ialah Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Negara, Stesen KL Sentral, Masjid Jamek, China Town, Stesen Kuala Lumpur, KLCC, Menara KL, Bukit Bintang, Istana Negara dan lain-lain. KL campur moden dan tradisional. Saya fikir bangunan Sultan Abdul Samad paling antik dan LRT sangat baik.
 |
Melaka |
Kedua ialah Melaka. Melaka ialah tempat warisan dunia. Gereja merah dan kubu zaman dahulu sangat hebat. Melaka campur budaya Eropah, Cina dan Melayu.
 |
Kepelbagaian Makanan di Malaysia |
Sesudah itu, saya perkenalkan makanan dan minuman Melayu. Di Malaysia ada makanan Melayu, makanan Cina, makanan India dan makanan Nyonya. Banyak makanan pedas dan berempah atau manis. Malaysia ada pelbagai makanan dan buah-buahan. Malaysia ada minuman banyak juga. Banyak minuman sangat manis. Air sirap bandung dan sarsi tidak ada di Jepun tetapi sedap. Malaysia ada banyak gerai dan medan selera.
Masjid dan Tokong
Kuil
Akhir sekali, saya perkenalkan agama. Di Malaysia ada pelbagai bangsa kerana itu Malaysia ada pelbagai agama. Contohnya, agama orang Melayu ialah Islam, agama orang India ialah Hindu dan agama orang Cina ialah Buddha. Penganut Islam bersembahyang di masjid, penganut Hindu bersembahyang di Kuil, penganut Buddha bersembahyang di Tokong. Bandar di Malaysia ada banyak masjid, kuil dan tokong. Saya berfikir orang Malaysia menghormati agama lain. Ini 1Malaysia.
Habis.
Taishi Sashikubi
Tahap 3
1 comments:
btul 2 malysia adalh negara yang saling hormat antara satu sama lain..best juge dpt kwn yg plbagai bahasa spt laa belajar bahasa diaor..!! pertama kali sy berkawan dgn kawan india, diaorg ajar sy bg mana nk brckp bahasa diorg cukup susuh nk brckpa bahasa diorg nk fhm apetah lg..!!! ape pun sy just dpt blaj 2,3, patah perkataan je..dgn diaorg..sush nk ingt sush nk sebut..sush nk fham huhu ape2 pun ikut kn nk suke juge bila..brckp bahasa diaorg.. huh pertama kli ktekn huhu:)
Catat Ulasan