Pada tahun yang lalu saya sudah menerangkan perayaan Jepun untuk gadis-gadis yang dipanggilkan “Hina-Matsuri”. Perkataan “Hina” adalah datang daripada perkataan “Hina-Ningyo” yang bermakna anak patung istimewa untuk perayaan itu dan “Matsuri” bermakna pesta. Biasanya keluarga yang ada anak perempuan meraikan perayaan itu. Hina-Matsuri adalah untuk berdoa kesihatan dan kegembiraan anak perempuan dalam keluarganya.
Perayaan itu berlaku pada 3 hari bulan Mac pada setiap tahun. Orang Jepun sekarang merayakan pesta ini berpandukan takwim suria. Tetapi sebelum tahun 1872, orang Jepun menyambut Hina-Matsuri berpandukan takwim bulan dan perayaan itu adalah pada masa bunga pic berkembang. Oleh sebab itulah, Hina-Maturi ada nama lain “Momo no Sekku” (bermakna perayaan pic).
Jika anak perempuan lahir, keluarganya mendapat sekumpulan anak patung yang bernama Hina-Ningyou sebelum Hina-Matsuri yang pertama datang. Kumpulan anak patung itu sekurang-kurangnya ada sepasang anak patung yang bernama Odairisama (anak patung lelaki dan perempuan). Kadangkala, tiga anak patung perempuan yang bekerja untuk Odairisama , lima anak patung lelaki yang bermain alat muzik dan lain-lain ada juga. Semua anak patung itu biasanya pakai pakaian dahulu.
Apabila Hina-Matsuri berdekatan, keluarga yang ada anak perempuan meletakkan anak patung itu di bilik kanak-kanak atau bilik lain di rumah mereka. Pada hari Hina-Matsuri, ada majlis makan dan minum bersama-sama di depan anak patung itu untuk berdoa kesihatan dan kegembiraan anak perempuan mereka. Dalam majlis bersifat klasik itu, orang-orang yang menghadiri Hina-Matsuri makan Hina-Arare (sejenis biskut tawar), minum Amazake (arak nasi) dan meletakkan bunga pic untuk anak patung itu. Mereka makan “Chirashi-Zushi”, “Hamaguri no Osuimono” dan “Hishi-Mochi” juga. Menu makanan perayaan itu tetap pada setiap perayaan.
Chirasi-Zushi adalah sejenis sushi dan Chirasi bermakna “bertaburan”. Itu dibuat daripada nasi, udang, akar bunga teratai, kacang dan lain-lain serta dihidangkan dalam satu mangkuk. Perasa utama Chirashi-Zushi ialah cuka dan gula, oleh sebab itu rasanya manis dan masam. Chirasi-Zushi ialah makanan cantik yang sesuai untuk pesta. Tambahan pula, bahan itu ada erti yang istimewa. Contohnya, udang bererti panjang umur kerana bentuk udang menyerupai bentuk orang tua yang berbadan bongkok. Akar bunga teratai ada lubang. Oleh sebab itulah, akar bunga teratai membawa simbol ‘orang yang boleh berfikir apa yang akan berlaku pada masa hadapan’. Perkataan kacang dalam bahasa Jepun ialah “Mame’. Mame ada makna lain yang bererti ‘orang yang bekerja baik’.
Hamaguri no Osuimono ialah sup kepah. Hamaguri bererti kepah dan Osuimono ialah sup yang jelas. Kepah ada dua keping cengkerang. Oleh sebab itulah, kepah membawa simbol pasangan yang baik. Pada zaman dahulu, ada permainan yang menggunakan cengkerang kepah di Jepun. Dalam permainan itu, pemain mesti mencari sehingga menjumpai pasangan cengkerang kepah tersebut. Untuk orang Jepun dahulu, kepah adalah makanan yang sangat dikenali dan biasa dimakan oleh penduduk Jepun.
Pada zaman dahulu, ada permainan yang menggunakan cengkerang kepah di Jepun. Dalam permainan itu, pemain mesti mencari sehingga menjumpai pasangan cengkerang kepah tersebut. |
Hishi-mochi ialah nasi lekit yang berbentuk rombus. Hishi-mochi ada
tiga lapisan. Lapisan teratas berwarna merah jambu, lapisan tengah berwarna
putih dan lapisan terbawah berwarna hijau. Masing-masing warna ada makna tetapi
ada beberapa tafsiran. Misalnya, ada orang yang menerangkan warna hijau ialah
simbol kesihatan dan panjang umur. Tetapi orang lain menerangkan warna hijau bererti
tanah yang hijau. Warna merah jambu bermakna pic atau tangkal dan warna putih
bermakna salji atau bersih.
Junko Mori
Sahabat KIKBM
Sahabat KIKBM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan