Hina-Matsuri disambut setiap tahun pada 3 Mac |
Hina-Matsuri adalah perayaan khusus untuk anak-anak gadis di Jepun. Perayaan ini disambut hampir setiap keluarga di Jepun untuk berdoa akan kesihatan dan kegembiraan anak perempuan mereka dalam keluarga.
Perayaan ini disambut pada 3 hari bulan Mac setiap tahun. Orang Jepun sekarang merayakan Hina-Matsuri berpandukan takwin suria. Tetapi sebelum tahun 1872, orang Jepun menyambut Hina-Matsuri berpandukan takwim bulan dan perayaan itu adalah pada masa bunga pic berkembang. Oleh sebab itulah, Hina-Matsuri juga ada nama lain iaitu "Momo no Sekku" yang bermaksud perayaan pic. Di Jepun, ada perayaan lain yang bernama "Tango no Sekku" iaitu perayaan untuk anak-anak lelaki dan disambut pada 5 hari bulan Mei setiap tahun.
sekumpulan anak patung yang bernama Hina-Ningyou |
Jika anak perempuan lahir, keluarganya akan mendapat sekumpulan anak patung yang bernama Hina-Ningyou sebelum Hina-Matsuri yang pertama datang. Kumpulan anak patung itu sekurang-kurang ada sepasang anak patung yang bernama Odairisama (anak patung lelaki) dan Ohinasama (anak patung perempuan). Kadangkala di pentas Hina-Ningyou, terdapat tiga anak patung perempuan yang bekerja untuk Odairisama dan Ohinasama, lima anak patung lelaki yang bermain alat muzik dan lain-lain ada juga. Semua anak patung itu biasanya memakai pakaian tradisi bagi keluarga bangsawan pada zaman dahulu.
Odairisama (anak patung lelaki) dan Ohinasama (anak patung perempuan) |
Apabila Hina-Matsuri hampir tiba, keluarga yang ada anak perempuan meletakkan anak patung itu di bilik anak-anak perempuan mereka atau di bilik lain di dalam rumah mereka. Pada hari Hina-Matsuri, ada majlis makan dan minum bersama-sama di depan pentas Hina-Ningyou itu untuk berdoa akan kesihatan dan kegembiraan anak-anak perempuan mereka. Dalam majlis bersifat klasik itu, mereka akan makan sejenis kuih yang dinamakan Hishimochi, sejenis biskut tawar iaitu Hina-Arare dan minum Amazake iaitu arak nasi dan meletakkan bunga pic untuk anak patung itu.
Hishimochi |
Hina-Arare |
Amazake |
Biasanya, seorang anak perempuan ada sekumpulan Ohinasama. Sebaik sahaja Hina-Matsuri berakhir, keluarga anak perempuan itu mesti menyimpan semua anak patung Hina-Ningyou dengan cepat. Ada orang yang berkata, kalau keluarga tersebut terus meletakkan Hina-Ningyou itu di bilik, anak perempuan tersebut tidak boleh berkahwin.
Junko Mori
Sahabat KIKBM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan