Selamat pagi. Apa khabar? Saya baik. Hari ini, saya memperkenalkan “Bulan Ramadhan”.
Pertama, apa Ramadhan? Ramadhan ialah bulan puasa bagi umat Islam atau Muslim di seluruh dunia, di mana umat Islam menahan daripada makan, minum, nafsu amarah dan melakukan hubungan suami isteri dari fajar terbit hingga matahari terbenam. Puasa ini wajib dan mesti dilakukan oleh orang Islam. Kalau orang Islam tidak melakukan, mesti ditangkap oleh polis!
Keduanya, bila Ramadhan? Ramadhan tahun ini bermula dari 1 hb Ogos sehingga 30 atau 31 hb Ogos. Orang Islam tidak boleh makan daripada pukul 5:59 pagi sehingga pukul 7:30 malam setiap hari semasa Ramadhan.
Ketiganya, siapa melakukan puasa? Puasa wajib dikenakan kepada semua orang Islam kecuali orang tua, bayi, pekerja yang susah, wanita mengandung dan pesakit. Tambahan pula, bagi agama Buddha, agama Kristian dan agama Hindu dan lain-lain tidak perlu buat puasa seperti orang Islam.
Keempatnya, apa makanan puasa? Saya memperkenalkan makanan yang biasanya dihidangkan semasa Ramadhan. Kurma ialah makanan macam kuih yang dimakan selepas buka puasa. Baru-baru ini terdapat beberapa jenis kurma seperti coklat, kacang tanah dan lain-lain. Saya pernah cuba makan kurma yang rasanya coklat di Kajang tetapi saya lebih suka rasa kurma biasa.
Akhirnya, pandangan saya tentang Ramadhan. Pada pendapat saya, Ramadhan dapat memberi peluang kepada orang yang buat puasa untuk memahami betapa pentingnya makanan dan minuman kepada setiap orang. Dulu, saya tidak faham kenapa orang Islam mesti puasa dan apa maksud puasa itu. Adakah kita akan dapat faedah kalau kita buat puasa? Tetapi saya semakin faham Ramadhan kerana saya baru berasa bahawa orang Islam tidak dipaksa puasa. Ramadhan dikandungi dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Saya berasa Ramadhan akan memberi saya pengalaman yang saya tidak boleh dapat di Jepun. Bagus Malaysia!
Tsubasa Yoshida (Sazali)
Tahap 4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan