Ahad, Mei 08, 2011

Surat dari Nagoya

201 Sala,
5-5 Nishihowa,
Yayoi-cho, Toyohashi-shi,
Aich,  441-8106, Japan


Menemui sahabat-sahabatku yang berada di Malaysia. Semoga kalian sihat sejahtera.

Sahabat-sahabatku yang dikasihi,

Apa khabar sahabat-sahabatku di sana? Saya sangat baik. Sekarang saya balik ke kampung saya. Kampung saya ada dekat Nagoya. Anda tahu di manakah Nagoya? Semalam saya pergi ke Nagoya sebab rumah nenek saya ada di sana.


Di Nagoya ada istana yang terkenal, namanya “Nagoya-Jo”. Pada zaman dahulu, raja negeri Aichi tinggal di istana itu. Di atas bumbung ada dua patung ikan dan warnanya kuning keemas-emasan. Itu ialah lambang Istana Nagoya. Kami panggil patung itu “Shachihoko”.
.
"Nagoya-Jo" di musim bunga
“Shachihoko” di atas bumbung Istana Nagoya

Di Nagoya ada berjenis makanan yang sangat terkenal di Jepun. “Tenmusu” ialah makanan yang terkenal di Jepun tetapi asalnya dari Nagoya. “Tenmusu” ialah “rice ball” Jepun. Di dalam “Tenmusu” ada udang goreng. Itu sangat sedap. Saya hendak masak “Tenmusu” kepada anda semua jika datang ke sini.

“Tenmusu” yang sedap!
 
“Miso” juga sangat terkenal di sini. Di Jepun, miso ada beberapa jenis. Contohnya, miso yang berwarna putih dan merah. Miso di Nagoya berwarna merah. Kami panggil miso itu “Hattyo-miso”. “Hattyo” ialah nama tempat di Nagoya. Citarasanya pedas sedikit tetapi sangat sedap. Saya paling suka “Hattyo-miso”  daripada miso lain. Miso ialah perasa di Jepun dan dibuat daripada kacang soya.

Miso yang berwarna merah

Pada amnya, orang Nagoya suka makan miso. Saya rasa itu betul. Orang Nagoya selalu makan dengan miso manakala orang negara lain tidak makan dengan miso. Bagi orang Nagoya, miso adalah macam cili di Malaysia. Bila anda semua datang ke Jepun, cuba makan miso. Saya berharap anda suka miso.

Miso sebagai pelengkap hidangan makanan di Jepun

Saya berharap kita boleh jumpa di kampung saya semasa cuti semester anda semua nanti. Sekian.

Dari kiri: Hiromi Yoshiwara, Nozomi Kurahashi dan Asako Suzuki


Salam rindu dariku,

Asako Suzuki
Bekas Pelajar KIKBM

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan