Kraftangan Malaysia sekali lagi telah menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2011 buat kali ke-enam pada 26 Mei – 06 Jun 2011 yang lalu. Promosi ini berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula pukul 10.00 pagi – 8.00 malam (Ahad – Khamis) dan 10.00 pagi – 10.00 malam (Jumaat dan Sabtu). Promosi yang bertemakan “Kraf dan Perkahwinan Malaysia” ini mengetengahkan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk kraf yang bersesuaian dengan persiapan majlis perkahwinan pelbagai masyarakat di Malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya promosi ini di antaranya adalah Jualan Kraf & Perkhidmatan Perkahwinan, Pameran Taman Raja Sehari, Demonstrasi Andaman dan Tatarias Pengantin Malaysia, Fesyen Busana Pengantin, Manifestasi Perkahwinan Malaysia, Pertandingan Seni Perkahwinan, Perkhidmatan Lawatan Berpandu dan sebagainya.
Para pelajar dan kakitangan ATMA juga tidak ketinggalan mengunjungi promosi ini pada 5 Jun 2011 yang lalu.
Pameran Taman Raja Sehari
Pelamin membawa maksud tempat duduk pengantin ketika bersanding.
|
Pelamin dihias indah |
Demonstrasi Masakan & Kuih Tradisional di Malaysia
|
Demonstrasi Masakan Kek Lapis Sarawak |
|
Demonstrasi Masakan Vadai |
|
Demonstrasi Masakan Puding DiRaja (Pahang) |
|
Demonstrasi Masakan Telur Pindang |
Acara Rewang
Istilah "Rewang" sangat sinonim dengan masyarakat Jawa di Malaysia. "Rewang" bermaksud acara bergotong-royong sebagai persiapan menjayakan sesuatu majlis seperti majlis kenduri perkahwinan, majlis kenduri doa selamat dan sebagainya. Acara ini sangat meriah kerana semua anggota keluarga akan berkumpul dan bersama-sama memotong bawang, memasak, menyediakan pencuci mulut, mencuci pinggan dan lain-lain lagi urusan dilakukan secara bersama. Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggota keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang konkrit. Acara rewang kali ini didemontrasikan oleh Persatuan Homestay dari Temerloh Pahang dan mereka memperkenalkan masakan tradisi yang terkenal di Pahang.
|
Kaum ibu bergotong-royong menyediakan pencuci mulut |
|
Penyediaan Sambal Belimbing Buluh |
|
Sambal Daging |
|
Ikan Patin Masak Tempoyak |
Manifestasi Perkahwinan Melayu Kelantan
|
Demonstrasi upacara merisik oleh pihak lelaki di rumah pihak perempuan |
|
Demonstrasi upacara persandingan di rumah pengantin perempuan |
|
|
|
|
|
Demonstrasi seni silat sebagai pembuka persembahan kebudayaan |
|
Upacara merenjis pengantin di pelamin oleh bapa pengantin perempuan |
|
Upacara merenjis pengantin di pelamin oleh ibu pengantin perempuan |
|
Persembahan tarian 'Asyik' yang terkenal di negeri Kelantan |
|
Tarian 'Asyik' |
Para Pelajar mengambil peluang untuk merenjis pasangan pengantin
|
Shizuru Nakamura merenjis air mawar |
|
Shizuru Nakamura dan pasangan pengantin |
|
Kazuki Kirimoto menyediakan ramuan untuk 'pulut semangat' yang terdiri daripada pulut kuning, garam, gula dan asam jawa |
|
Kazuki Kirimoto dan pasangan pengantin |
|
Daisuke Maruyama di upacara merenjis pasangan pengantin |
|
Daisuke Maruyama dan pasangan pengantin |
|
Minami Hamano menyediakan ramuan untuk 'pulut semangat' yang terdiri daripada pulut kuning, garam, gula dan asam jawa |
|
'Pulut semangat' disuap ke mulut pengantin |
|
Minami Hamano dan pasangan pengantin |
|
Aya Kikuchi menyuapkan 'Pulut Semangat' ke mulut pengantin |
|
Aya Kikuchi dan pasangan pengantin |
|
Hantaran Perkahwinan |
Interaktif Mencanting dan Mewarna Batik
Para pelajar juga turut menggunakan peluang di sana untuk mempelajari kemahiran mencanting dan mewarna batik. Selepas mengharungi liku-liku penghasilan batik lukis, barulah mereka faham bahawa proses menghasilkan batik lukis sangat susah dan disebabkan hal itulah harga batik lukis sangat mahal. Harga batik lukis bukan hanya terletak pada bahan material yang digunakan tetapi harganya juga terletak kepada kreativiti dan ketekunan individu tersebut. Batik lukis tidak sama dengan batik cetak kerana rekabentuk batik lukis tidak sama di antara satu sama lain dengan kata lain unik dan tersendiri.
|
Minami Hamano dan Shizuru Nakamura sibuk mencanting batik lukis |
|
Kazuki Kirimoto sedang mewarnakan batiknya. Buah-buahan tempatan diambil sebagai salah satu elemen dalam penghasilan batik lukis |
|
Minami Hamano sangat berhati-hati ketika mencanting batik lukisnya |
|
Hati-hati Shizuru Nakamura! |
|
Aya Kikuchi juga sibuk mencanting batik lukis |
|
Daisuke Maruyama sedang asyik mencanting batiknya |
|
Beginilah suasana di Kompleks Kraf, semua tekun menghasilkan karya masing-masing. Karya agung hasil sentuhan tersendiri! |
|
Mewarna batik perlu kreatif untuk menghasilkan karya yang cantik |
Hiasan Inai (Henna) untuk Pengantin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan