Minami Hamano (Munirah) |
Nama saya Minami Hamano. Nama melayu saya Munirah. Saya tinggal di Tokyo. Saya pelajar bahasa Melayu di Universiti Bahasa Asing Tokyo (Tokyo University of Foreign Studies). Bapa saya bekerja sebagai pengawal. Bapa suka dan rajin masak. Bapa selalu masak ketika tidak ada kerja. Ibu saya cikgu di taman kanak-kanak. Ibu suka budak-budak kecil.
Saya mempunyai seorang adik lelaki. Namanya Yudai. Adik pelajar Universiti Senshū dan setiap hari pergi ke universiti dengan kereta api selama 2 jam. Dulu, adik saya tidak berminat tentang negara asing tetapi, kini dia belajar bahasa Sepanyol dan bercadang hendak melawati Sepanyol atau negara asing yang lain tahun depan. Hubungan keluarga saya baik dan kehidupan di rumah saya penuh dengan ketawa. Jadi, saya suka hidup dengan keluarga.
Sekian terima kasih.
Tahap 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan