Bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu” , Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri @ PABM adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah bertindak sebagai Penaung dan akan hadir sebagai Perasmi Malam Kemuncak pertandingan ini pada setiap tahun. Program ini adalah hasil idea dan inovasi YAB Perdana Menteri sendiri untuk memperkasa bahasa Melayu di persada antarabangsa. Malam Kemuncak PABM disiarkan secara langsung di TV1, RTM dan melalui internet ke seluruh dunia di laman sesawang www.pabm.com.my
Salah seorang bekas pelajar KIKBM iaitu Nozomi Kurahashi dari JEPUN, merupakan salah seorang peserta yang akan bertanding di dalam acara ini. Marilah kita warga KIKBM menyokong perjuangan Saudari Nozomi Kurahashi ini.
Selamat berjuang dan selamat berjaya kepada Saudari Nozomi Kurahashi!
Dari kiri: Hiromi, Nozomi dan Asako |
Sisipan Berita Sepanjang Pertandingan PABM 2011 (Utusan Malaysia Online)
- Siapa bakal juara PABM 2011?
- Kami Peminat Bahasa Melayu - Peserta PABM
- Kenapa kami pelajari bahasa Melayu?
- Martabatkan bahasa Melayu peringkat global
- Peserta luar negara PABM gembira lawat ibu negara
- 15 peserta PABM ke separuh akhir
- Daria Kamyshnikova minat filem P. Ramlee
- Peserta Rusia, China jadi calon pilihan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu
- Najib jamin bahasa Melayu dipelihara
- Peserta Turki juara pidato PABM 2011
PARA peserta PABM bergambar kenangan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. |
SERAMAI 15 peserta bagi kategori antarabangsa dan nusantara yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir PABM 2011. |
Sisipan Berita Sepanjang Pertandingan PABM 2011 (mStar Online)
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan