Isnin, Januari 23, 2012

Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina ialah perayaan terpenting kepada orang Cina pada kalendar qamari Cina. Kalendar qamari ialah tahun yang dikira mengikut perjalanan bulan. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada perkitaran 12 tahun dan dinamakan 12 haiwan iaitu Tikus, Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam, Anjing, Khinzir. Jadi tahun 2011 ialah Tahun Arnab dan tahun 2012 ialah Tahun Naga.

Kalendar Qamari Cina

Sejarah

Sejarah tentang Tahun Baru Cina adalah tidak jelas. Biasanya ramai ahli sejarah bersetuju bahawa perayaan bermula daripada Dinasti Shang (ca. 1600 SM – ca. 1046 SM) untuk menyembah dewa bagi membuahkan hasil yang baik sebab Tahun Baru Cina ialah dalam musim menuai yang baru.

Sebelum Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia (ca. 2100 BC–1600 BC), bulan 12 ketika Dinasti Shang (ca. 1600 SM - ca. 1046 SM), dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou (1066 SM - 221 SM). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Pada Dinasti Han 104 SM, Maharaja Wu menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini. 
Sejarah Tahun baru Cina

Mitos

Menurut legenda Cina, pada zaman dahulu, “Nian (年)” ialah seekor raksasa yang suka makan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut). Ia muncul setiap tahun untuk memburu dan makan manusia. Suatu hari, seseorang melihat raksasa Nian dan didapati raksasa ini takut kepada warna merah dan bunyi bising.  Kemudian ramai orang mengetahui bahawa raksasa Nian takut akan bunyi bising dan warna merah, maka mereka menggunakan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. “Bài nián (拜年)”, yang bermaksud "menyambut raksasa Nian ", “Guò nián (過年)” membawa maksud literal "mereda raksasa Nian"


Nian ()
Perayaan

Tahun Baru Cina ialah masa majlis perjumpaan dengan ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat. Keluarga-keluarga Cina akan menghias rumah dengan perhiasan warna merah seperti tanglung dan poster kaligrafi Cina. Orang-orang Cina akan memakai pakaian merah yang baru. Orang tua dan orang yang sudah berkahwin akan memberi“Ang Pau (紅包)” kepada orang muda dan kanak-kanak. Ang Pau ialah sampul merah yang mengandungi wang. 

Majlis perjumpaan dengan ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat

Ang Pau

Sebelum Tahun Baru Cina

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina akan membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah yang mengucapkan tentang kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Membersihkan rumah sebelum Tahun Baru Cina

Di Hong Kong Pasar khas yang besar akan didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan pelbagai barangan seperti bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah. 

Pasar Khas Tahun Baru Cina di Hong Kong

Acara terbesar pada malam sebelum Tahun Baru Cina ialah “Jamuan pertemuan semula (團年飯)”. Semua ahli keluarga yang tinggal dekat atau jauh, akan kembali berkumpul untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini adalah amat kaya dengan makanan berbanding hari-hari biasa seperti daging, ayam dan ikan. Ikan (魚) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (餘). Sebaliknya, bakinya disimpan sampai esok, sebagai pepatah Cina “nián nián yǒu yu (年年有餘)” yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."

Jamuan pertemuan semula (團年飯)

Hari Pertama

Hari pertama ialah masa untuk keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling tua dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Terdapat acara iring-iringan yang besar di Hong Kong pada setiap Hari pertama Tahun Baru Cina. Ramai orang suka melihat acara iring-iringan itu.
 

Hari Kedua

Hari ini dikenali sebagai "membuka tahun" (開年), maksudnya mereka boleh bermula pergi ke luar untuk mendapatkan dan mengunjungi saudara-mara dan kawan-kawan mereka. Setiap malam Hari ke-2, permainan bunga api yang besar di Hong Kong turut diadakan. 

Percikan bunga api di Hong Kong
 
Hari Ketiga

Hari ini dikenali sebagai "mulut marah" (赤口), yang bermaksud bahawa pergaduhan yang amat mudah dengan seseorang, maka hari ini mereka tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi di antara satu sama lain di kalangan keluarga dan sahabat handai, sebaliknya berdiam di rumah sahaja atau makan angin di luar. Ramai orang Penganut Buddha dan Taoisme di Hong Kong akan pergi ke tokong untuk penyembahan.


Hari Ketujuh

Hari ketujuh dikenali sebagai “hari jadi manusia (人日)”,  iaitu hari yang mana umur setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya di Malaysia dan Singapura, orang Cina akan makan salad ikan mentah lambung  “Yee Sang (魚生).” Mereka melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. 

Yee Sang (魚生)

Hari Kesembilan  

Hari kesembilan merupakan hari bagi kaum Cina Hokkien untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (天公) di tokong agama Tao. Olen sebab ramai orang Cina di Malaysia ialah orang Hokkien, terutamanya di Pulau Pinang, hari ke-9 ialah perayaan yang besar. Tetapi di Hong Kong kami tidak merayakan Maharaja Jed di Kayangan.


Hari Kelima Belas

Hari ini dikenali sebagai “Yuán xiāo jié (元宵節)” atau “Hari Valentine Cina,” ialah perayaan dengan hiasan tanglung. Orang Cina akan membuat bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini. Di China, Hong Kong dan Taiwan, banyak tanglung yang besar dan bermacam-macam jenis akan diletakkan di taman sebagai hiasan. Orang ramai boleh membuat lawatan ke taman ini untuk melihat hiasan tanglung.

Hiasan tanglung di taman

Bebola pulut manis dalam sup

Sekian Terima Kasih.


Woo Chi Hung (Stephen)
Hong Kong
Bekas Pelajar KIKBM



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger