Khamis, Januari 06, 2011

Resipi Telur Dadar Bercampur dengan Kacang Panjang dan Ikan


Mula-mula, ambil sebatang kacang panjang hijau dan dicuci bersih, dipotong kecil dan dikeringkan. Seterusnya, ikan diambil dagingnya, kulitnya dibuang atau boleh minta penjual ikan membuangkan kulit ikan itu. Selepas itu, daging ikan dipotong nipis dan dicincang menjadi pes ikan.

Kemudian, sediakan bumbu. Bumbu ialah campuran kicap soya, garam, gula, serbuk cili, bawang putih dan halia. Seterusnya, campurkan bumbu, telur dan sedikit tepung. Selepas itu, campuran ini diadun rata ke satu arah sahaja. Setelah sebati, masukkan hirisan kacang dan pes ikan. Adun sekali lagi.

Akhir sekali, letakkan semua adunan ke dalam minyak panas di dalam kuali. Apabila telur dadar menjadi warna kuning, boleh diangkat dan sedia untuk dimakan.



Mina
Tahap 3 (Bahasa Proses)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger