Jumaat, Januari 14, 2011

Cita-cita Tahun Ini


Mula-mula, saya bercerita kenapa saya datang ke Malaysia.  Saya mahu pergi luar negara dan mencubai kemahiran bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta saya mahu belajar Bahasa Melayu lagi. Tambahan lagi, saya mahu tengok Jepun dari luar negara.  Jika saya tengok Jepun dari luar negara, saya boleh tengok secara objektif dan boleh menemukan perkara yang saya tidak nampak semasa di Jepun.

Saya ingin melawat negeri-negeri lain di Malaysia
Seterusnya, saya akan menjelaskan tentang cita-cita saya tahun ini.  Saya mahu Bahasa Melayu saya menjadi bagus.  Contohnya saya ingin faham siaran berita dan surat khabar tanpa menggunakan kamus. Selanjutnya, saya hendak tulis dengan betul dan hendak cakap seperti orang Melayu.  Selain itu, saya ingin melawat negeri-negeri lain di Malaysia.  Saya mahu rasa perbezaan negeri-negeri lain seperti perbezaan makanan, intonasi dan sebagainya.

Kemudian, saya mahu tidak gemuruh.  Di kelas fotografi saya, ada 200 orang pelajar di dalam dewan. Saya mahu bercakap pendapat saya di hadapan 200 orang pelajar itu tanpa rasa malu dan gemuruh.

Saya Berjaya!!!

Akhir sekali, saya perlu berusaha untuk mencapai cita-cita saya.  Dengan kata lain, saya perlu belajar dengan rajin.  Jika saya belajar, saya percaya saya boleh cakap dan faham seperti urusan di atas.

Kazuki Kirimoto
Tahap 3 (Cita-cita Saya)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger